Ahad, 21 Jun 2020
Ahad, 7 Jun 2020
Safawi rindu 'hantui' benteng lawan
MyMetroArena

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PENYERANG kebangsaan, Safawi
Rasid mengakui sudah tidak sabar turun ke padang selepas hampir tiga bulan
sekadar menjalani latihan secara individu di rumah ekoran pandemik Covid-19.
Menerusi luahan di laman
Instagram miliknya, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memuat naik dua gambar
ketika sedang menjalani latihan bersama JDT dan aksinya dengan skuad Harimau
Malaya.
Malah, pemenang Pemain Paling
Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) bagi dua musim
berturut-turut iaitu 2018 dan 2019 itu menyatakan dia amat merindui sukan yang
paling diminatinya itu.
"Rindu tiada ubat",
katanya sambil meletakkan simbol bola dan berlari untuk menggambarkan betapa
terujanya pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu beraksi semula.
Luahan itu kemudian disambut peminat
serta rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan yang juga penyerang kelab divisyen
2 Liga Jepun Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abdul Razak.
Hadi yang ketika ini masih berada
di Jepun membalas dengan memberi kata-kata semangat 'sikit lagi' kepada Safawi
dengan simbol tangan dan api.
Peminatnya pula rata-rata
mengakui merindui aksinya di atas padang lebih-lebih sepakan padu kaki kiri
yang sering menghasilkan jaringan sama ada buat JDT mahupun pasukan negara.
Saingan Liga Malaysia dijangka
akan disambung kembali bermula September ini manakala latihan pusat skuad
kebangsaan pula dirancang pada awal Oktober bagi membolehkan anak buah Tan
Cheng Hoe melakukan persiapan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala
Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) 8 Oktober dan Vietnam lima hari
kemudian.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 5 Jun 2020 @ 5:40 PM.[1]
Langgan:
Catatan (Atom)