| | 3 Oktober 2020Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Portugal hari ini bagi menyertai Liga Premier Portugal bersama kelab Portimonense FC. Foto: Bernama
BINTANG bola sepak Johor Darul Ta’zim
(JDT) Muhammad Safawi Rasid berlepas ke Portugal malam ini bagi
melengkapkan perpindahannya secara pinjaman ke pasukan liga utama
negara itu, Portimonense SC.Pemain sayap berusia 23 tahun itu yang
membantu JDT merangkul kejuaraan Liga Super sebanyak empat kali sejak
menyertainya pada 2017, dipinjamkan ke Portimonense selama satu
musim.
Beliau dijangka tiba di Porto petang esok menjelang
tarikh akhir jendela perpindahan liga utama Eropah yang berakhir pada
Isnin.
Mengulas mengenai penghijrahannya ke Portugal, Muhammad
Safawi berkata, ia merupakan satu peluang keemasan dalam
mengembangkan kariernya.
“Saya sangat gembira kerana
peluang ini datang sekali seumur hidup, pengalaman ini tidak boleh
dibeli dengan wang dan ini (perpindahan) akan saya ingat sampai
bila-bila.
“Sasaran utama saya adalah membuktikan
kemampuan dan merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan,”
katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) di sini malam ini.
Pemain Kelab Bolasepak Johor
Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid (tengah) memeluk ibu bapanya sambil
mengucapkan selamat tinggal sebelum berlepas ke Portugal hari ini
bagi menyertai Liga Premier Portugal bersama kelab Portimonense FC.
Foto: Bernama
Muhammad Safawi dinobatkan sebagai Pemain Paling
Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) pada 2018 dan
2019 sekali gus menjadikan beliau pemain paling muda memenangi
anugerah MVP pada usia 21 tahun.
Tonggak pasukan
kebangsaan itu telah meledak 47 gol dalam 101 penampilan bersama
skuad Harimau Selatan dalam kesemua pertandingan tempatan dan
antarabangsa.
“Berat hati sebenarnya nak tinggalkan JDT
sebab dah empat tahun bersama, banyak pencapaian saya raih dan banyak
memori manis dicipta di sana,” kata anak jati Dungun itu.
Muhammad
Safawi akan menjadi pemain Malaysia kedua yang berhijrah ke liga
utama Eropah selepas pemain muda meningkat naik negara Luqman Hakim
Shamsuddin yang menyertai kelab liga Belgium KV Kortrijk daripada
Selangor 2.
SUMBER-Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/103788/BERITA/Sukan/Safawi-bawa-impian-besar-ke-Portugal©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan