MyMetroArena

MALAYSIA menewaskan Indonesia 2-0
menerusi dua gol menakjubkan Safawi Rasid pada aksi kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Safawi, penyerang Johor Darul
Ta’zim yang dinobat pemain terbaik kebangsaan hujung minggu lalu,
menyempurnakan sepakan percuma mengagumkan pada minit ke-30 sebelum meledak gol
kedua pada minit ke-73, kedua-duanya menggunakan kaki kiri.
Selepas perlawanan itu, peminat
di laman sosial rata-rata memuji kehebatan penyerang muda negara itu susulan
persembahan fantastiknya.
“Satu penamat mengagumkan
daripada Safawi Rasid. Dia menjaringkan gol tepat pada masanya, Dia dipilih
pemain terbaik Malaysia 2019 kerana semua ini,” tulis seorang peminat.
“Dua gol bertaraf dunia menerusi
magis kaki kirinya. Itulah sebabnya dia dipilih Pemain Terbaik Tahunan. Safawi
Rasid, pemain terbaik perlawanan, tidak ragu-ragu lagi,” komen seorang lagi
peminat dalam Twitter.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Rabu, 20 November 2019 @ 1:32 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan