SUKAN»Bola
Sabtu, 6
Januari 2018 | 8:41pm

SAFAWI Rasid
(dua dari kanan) tekad berjuang mati-matian menjelang aksi menentang Iraq, Rabu
ini. - Foto fail
Kami bersedia
bermain mati-matian: Safawi
Daripada
Aziman Rosdi di Changshu
aziman@nstp.com.my
"KAMI
sudah bersedia," kata penyerang skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Safawi
Rashid yang tampak bersemangat untuk berdepan Iraq dalam aksi pertama Kumpulan
C Kejohanan AFC B-23 di Changshu, Rabu ini.
Biarpun mereka
terlepas aksi pemanas badan terakhir menentang Syria B-23 akibat cuaca sejuk
semalam, pemain lincah negara itu menganggap ia tidak memberi banyak kesan
kepada persiapan skuad kebangsaan.
"Perlawanan
pertama kita akan bagi 100 peratus dan saya yakin skuad negara akan bermain
mati-matian nanti. Kita tahu, Iraq pasukan yang kuat dalam saingan kumpulan
ini, tetapi itu tak bermakna kami tidak boleh memberikan saingan," katanya
kepada pemberita ketika ditemui pada sesi latihan di padang latihan Haikamu,
hari ini.
Skuad negara
kendalian Datuk Ong Kim Swee bakal tampil buat kali pertama di pusingan akhir
kejohanan ini selepas layak secara automatik pada pusingan kelayakan di
Bangkok, Thailand pada Julai tahun lalu.
Pada pusingan
akhir, Malaysia diundi dalam Kumpulan C menentang juara 2013, Iraq, naib juara
Arab Saudi dan pemenang tempat ketiga, Jordan.
Safawi yang
membantu skuad B-22 meraih pingat perak di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017)
yakin dengan tempoh latihan dan aksi persahabatan di Mokpo, Korea Selatan
selama dua minggu bulan lalu mampu melonjakkan prestasi setiap pemain.
"Saya
percaya, walaupun semua pasukan Korea Selatan itu bermain di liga bawahan,
tetapi persembahan mereka hampir menyamai dengan kekuatan seperti Iraq, Jordan
atau Arab Saudi, jadi ia membantu kami menilai kekuatan dan kelemahan,"
katanya.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Sabtu, 6 Januari 2018 | 8:41pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan