MyMetroUtama
Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
NAMA Safawi Rasid disebut-sebut
sebagai wira negara apabila berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi pusingan
kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, semalam.
Anak kelahiran Dungun, Terengganu
itu terus ‘trending’ di laman sosial apabila ramai netizen memuji aksi terbaik
pemain berusia 22 tahun itu.
Bagaimanapun bagi Safawi, dia
menganggap kemenangan pasukan Harimau Malaya, semalam, sebagai hadiah untuk
rakyat Malaysia yang terus-terusan menyokong mereka.
“Saya rasa happy (gembira) sebab
game (perlawanan) semalam not easy (bukan mudah), tough game (permainan yang
sukar) dengan fans (peminat) yang ramai, kita pun under pressure (di bawah
tekanan), jadi kita ambil pressure (tekanan) tu dengan baik dan kita menang
semalam dengan 2-0,
“Kemenangan itu untuk rakyat
Malaysia yang datang ke stadium dan di rumah... benda (kemenangan) untuk
Malaysia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
SAFAWI Rasid. FOTO Arkib NSTP
Penyerang JDT itu berkata,
aksinya semalam dibantu dengan latihan tambahan dan berterusan dilakukan
bersama pasukan Harimau Selatan.
“Dekat Johor pun, lepas training
(latihan) ke, saya akan buat extra (latihan tambahan) free kick (tendangan
percuma), extra penalti, extra finishing (gol penyudah), so (jadi) benda tu
saya terjemahkan dalam game (perlawanan).
“Alhamdulillah sebelum ini saya
banyak try (cuba), Alhamdulillah semalam saya dapat jaringkan gol dan free
kick, jadi benda tu tak mudah untuk dapat tetapi perlu practice (praktik),”
katanya.
Ditanya ketika ini namanya
dijulang-julang sebagai wira negara, Safawi berkata, dia menghargai sokongan
peminat yang berterusan menyokongnya, namun mahu sentiasa ‘humble’.
“Bagi saya, ia bukan hak saya
tetapi rakyat Malaysia. Saya tetap macam ini, macam sebelum ini, tiada pun saya
fikir diri saya tinggi ke apa.
“Saya mahu sentiasa humble sebab
kadang okay orang puji tetapi bila tak okay orang kutuk jadi baik saya belajar
humble dan apa-apa pun saya nak biasa je,” katanya.
Safawi turut akui pasukan
Indonesia bukan pencabar mudah yang sememangnya dianggap musuh tradisi pasukan
negara.
“Saya kalau lawan Indonesia
memang saya anggap 'rival' (lawan penting) lah. Perlawanan Indonesia dengan
Malaysia memang orang nak tengok sangat.
“Saya juga bersedia dua tiga
hari, sejak menyertai pasukan kebangsaan saya dah bersedia untuk lawan,”
katanya.
Ketika ditanya apabila peminat
menggelarnya Messi Malaysia, Safawi tidak mahu dikaitkan dengan bintang bola
sepak dunia itu.
“Messi? Saya bukan Messi dan tak
suka Messi, saya suka Mbappe (Kylian Mbappe),” katanya ringkas.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 20 November 2019 @ 9:22 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan