MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 20
November 2019

Ong KIm Swee
PENGENDALI skuad bawah 22 (B-22)
negara, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggugurkan nama Muhammad Safawi menjelang
saingan Sukan SEA 2019 di Filipina.
"Satu keputusan yang amat
berat dan sukar untuk saya lakukan. Tapi demi kebaikan Safawi di mana yang kita
tahu dia bermain begitu banyak perlawanan bersama kelab dan mewakili negara
termasuklah bersama B-22 pada awal tahun ini.
"Untuk kebaikan semua, saya
terpaksa memutuskan Safawi berehat di mana kita mempunyai jadual penting tahun
hadapan... harap semua pihak faham dengan apa yang saya lakukan, bukan demi
kepentingan diri saya, tapi untuk kelab dan negara," katanya ketika sesi
latihan pusat di Arena MPSJ, Subang Jaya.
Tambah Kim Swee, Safawi juga
sedia maklum tentang keputusan itu dan dia faham akan perkara tersebut.
"Dia (Safawi) faham tentang
mengapa dia tidak dipilih. Ini untuk kebaikan dia, kelab (Johor Darul Ta'zim)
dan skuad kebangsaan," katanya.
Berhubung kekosongan posisi yang
ditinggalkan Safawi, Kim Swee menjelaskan, ini akan membuka ruang kepada pemain
lain membuktikan sesuatu untuk disenaraikan sebagai kesebelasan utama mahu pun
senarai terakhir 20 pemain.
Dalam pada itu, mengulas
pemilihan Adam Nor Azlin sebagai slot pemain senior, Kim Swee berkata, beliau
mahukan kombinasi serasi kerana kebanyakan pemainnya telah bersama beliau sejak
dua hingga tiga tahun lalu lagi.
"Amat singkat untuk saya
membentuk kombinasi, tetapi dengan kemasukan Adam, kita akan lihat Irfan
Zakaria, Dominic Tan dan Muhammad Haziq Nadzli kita akan dapat satu kombinasi yang
biasa kita lakukan sebelum ini," katanya.
Kim Swee akan mengumumkan senarai
akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2019 pada 22 November ini, sehari sebelum mereka
berlepas ke Manila.
Diundi dalam Kumpulan A, Malaysia
akan memulakan kempen bertemu Myanmar pada Isnin, diikuti Filipina (29 Nov),
Timur Leste (2 Dis) dan Kemboja (4 Dis). Kesemua perlawanan akan berlangsung di
Stadium Memorial Rizal, Manila.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/58274/BERITA/Sukan/Ong-Kim-Swee-gugur-Safawi
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan