BERNAMA | | 16
November 2019

Safawi
merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola sepak Kebangsaan
(ABK)19 di sebuah hotel semalam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR -
Penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
(ABK) 2019, Muhammad Safawi Rasid bertekad mahu menjadi pemain lebih baik
menjelang musim 2020.
Tonggak Johor
Darul Ta’zim (JDT) itu yang merangkul anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain
Paling Popular pada majlis yang berlangsung semalam mengakui tidak pernah puas
dengan prestasinya dan akan terus bekerja keras dari semasa ke semasa.
“Walaupun
dapat anugerah ini saya bukan pemain yang bagus lagi, sebab saya tidak pernah
puas untuk buktikan sesuatu dalam arena bola sepak.
“Saya mahu
jadi lebih baik dari tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya. Saya mahu gandakan
segala usaha saya... kalau boleh setiap tahun saya mahu lihat peningkatan
prestasi saya dalam permainan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada
majlis ABK 2019.
Anugerah MVP
diraih Muhammad Safawi itu menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu berjaya
mempertahankan gelaran dimenangi edisi lepas dengan rekod pemain paling termuda
memenangi anugerah MVP.
Pemain
kelahiran Terengganu itu menikmati kemuncak karier selepas membantu JDT
merangkul Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan kejuaraan Liga Super buat kali
keenam berturut-turut musim ini.
Ketika ditanya
mengenai rahsia di sebalik prestasi cemerlang bersama skuad Harimau Selatan,
Muhammad Safawi berkata, beliau sentiasa memberikan sepenuh tumpuan dalam sesi
latihan dan menganggap setiap perlawanan seperti aksi final.
“Saya berikan
yang terbaik serta tumpuan penuh dalam sesi latihan dan perlawanan. Setiap aksi
itu saya ibaratkan seperti final demi raih keputusan positif. Saya tidak
istimewa mana cuma ia juga mungkin disebabkan berkat daripada ibu bapa saya,”
tambahnya.
Dalam pada itu
beliau turut menanam impian untuk mengembangkan bakatnya di luar negara
sekiranya diberikan peluang.
“Di usia 22
tahun impian saya kalau ada rezeki dan tawaran dari luar memang saya nak pergi
tetapi saya perlu hormati majikan saya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail
Sultan Ibrahim kerana baginda yang selalu menjaga saya dan pasukan JDT,” tambah
Muhammad Safawi. - Bernama
SUMBER-Artikel
Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/57507/BERITA/Sukan/Safawi-tak-pernah-puas©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan