MyMetroArena
GOL
menakjubkan jaringan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid
ketika menentang Shandong Luneng telah dicalonkan untuk gol terbaik Liga
Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2019.
Gol pemain
sayap berusia 22 tahun yang menjaringkan dua gol ketika kemenangan Malaysia ke
atas Indonesia dalam perlawanan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala
Asia 2023 bulan ini, merupakan satu daripada 10 calon gol terbaik, menurut
laman sesawang AFC hari ini.

Jaringan
menarik Safawi ketika menentang Shandong Luneng mendapat pencalonan. FOTO
NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Sembilan calon
lain adalah Islom Tukhtakhujaev dariPFC Lokomotiv, Gonzalo Viera (Al Rayyan),
Sergio Antonio (Kashima Antlers), Shojae Khalilzadeh (Persepolis), Khojiakbar
Alijonov (Pakhtakor Tashkent FK), Kim Dae-won dari Daegu FC, Romario Ricardo
Silva (Al Ittihad), Khalid Muneer (Al Duhail) dan Fabrício dos Santos dari
Urawa Reds.
Safawi
menjaringkan gol jarak jauh pada m-60 perlawanan itu yang berakhir dengan
kekalahan JDT 1-2 pada 9 April lalu di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan di
Shandong.
Peminat bola
sepak tempatan boleh mengundi untuk Muhammad Safawi di
https://www.the-afc.com/competitions/afc-champions-league/latest/news/vo....
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 7:56 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan