Isnin, 18 November 2019

Kelab Dari Jepun Dan Korea Selatan Buru Khidmat Safawi Rasid


Oleh Sulaiman Ismail
June 2, 2019 • 3:52 PM
https://onsb.tk/2Xuaie8

My Dinh
Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah mengesahkan pihaknya telah dihubungi oleh sebuah kelab dari liga divisyen 1 Jepun (J.League) yang menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Safawi Rasid.

Menurut laporan daripada New Straits Times, kelibat Safawi mula mendapat perhatian daripada ejen negara matahari terbit itu berdasarkan prestasi hebatnya dalam Sukan asia, Kelayakan AFC B-23 dan AFC Champions League bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Pada usia 22 tahun, dia masih muda dan mempunyai potensi untuk pergi jauh, sebab itu beberapa kelab Jepun bertanyakan tentang Safawi. Saya ada bercakap dengan wakil JDT dan saya tidak fikir mereka akan melepaskan beliau ketika ini,” kata Effendi.

Selain kelab dari Jepun, sebuah kelab dari Korea Selatan turut mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain Malaysia bagi mengisi kuota pemain import Asia Tenggara (ASEAN) yang bakal diperkenalkan pada musim depan.[i]


[i] https://semuanyabola.com/kelab-dari-jepun-dan-korea-selatan-buru-khidmat-safawi-rasid/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan