WARTAWAN SINAR
HARIAN | | 10 November 2019

Safawi
meraikan kejayaan setelah menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan
antarabangsa menentang Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam
semalam.
KEJAYAAN
menumbangkan Tajikistan menjadi motivasi terbaik buat skuad Harimau Malaya bagi
menghadapi dua jiran tetangga - Thailand dan Indonesia pada Pusingan Kedua
Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Tonggak
Harimau Malaya, Safawi Rasid berkata, kemenangan 1-0 pada aksi pemanas badan
itu dapat meningkatkan keyakinan dirinya dan rakan-rakan sepasukannya menjelang
aksi Kumpulan G menentang Thailand Khamis ini dan Indonesia pada Selasa depan.
Apa yang lebih
menggembirakan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu apabila dia mengakhiri
kemarau gol di pentas antarabangsa selepas kali terakhir meledak dua gol dalam
kemenangan 7-1 ke atas Timor Leste pada aksi playoff Kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023 Jun lalu.
“Sudah
perlawanan saya tak menjaringkan gol untuk pasukan negara. Saya berterima kasih
kepada yang menyokong dan memberi semangat kepada saya, saya gembira apabila
kembali menjaringkan gol.
“Mungkin ini
sebagai motivasi yang bagus untuk saya dan rakan-rakan untuk mendapatkan
keyakinan lagi sebelum perlawanan bertemu Thailand dan Indonesia nanti,”
katanya selepas aksi menentang Tajikistan malam semalam.
Safawi turut
optimis kombinasi barisan pemain sedia ada mampu memacu Harimau Malaya kembali
meraih kemenangan selepas tewas kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam
dalam dua aksi Kumpulan G terdahulu.
“Macam
perlawanan sebelum ini kita banyak mencipta peluang tapi tidak
menyempurnakannya dengan baik, jadi itu yang perlu kami perbaiki sebelum
menentang Thailand dan Indonesia,” ujarnya.
Pemain tengah
yang juga kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar turut mengakui kemenangan ke atas
Tajikistan menjadi penyuntik semangat sebelum aksi menentang Thailand dan
Indonesia.
“Saya amat
bersyukur dengan kemenangan ini. Tajikistan adalah pasukan yang kuat dan ini
menjadi motivasi buat kami selain pengubat kekecewaan selepas tewas kepada
Vietnam sebelum ini.
“Saya lihat
pasukan yang ada sekarang lebih baik. Bagi saya, siapa yang diturunkan dan
siapa yang dipilih coach (Tan Cheng Hoe) nanti, yang penting sentiasa yakin
dengan rakan-rakan sepasukan,” katanya.
sumberArtikel
Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/56616/BERITA/Sukan/Semangat-Harimau-Malaya-kian-membara
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan