SUKAN»Bola
Isnin, 11
November 2019 | 2:19pm

PEMAIN
Malaysia, Muhammad Safawi Rasid. - Foto BERNAMA
Semangat Safawi
membara berdepan Thailand
KUALA LUMPUR:
Kemenangan 1-0 ke atas Tajikistan, kelmarin bukan saja memberi petanda positif
buat skuad kebangsaan, malah ia mungkin menjadi amaran awal buat Thailand
bahawa Safawi Rasid sudah kembali menemui sentuhan gol bersama skuad Harimau
Malaya.
Pasukan
kebangsaan akan berdepan Thailand dan Indonesia dalam kempen kelayakan pusingan
kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada
Khamis dan 19 November ini.
Safawi yang
juga penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui gembira selepas jaringan
tunggalnya pada minit ke-72 berjaya memberi kemenangan bermakna skuad Harimau
Malaya ke atas Tajikistan.
Walaupun hanya
aksi persahabatan, namun pemain berusia 22 tahun itu menjelaskan ia menjadi
motivasi terbaik sebelum berdepan skaud Gajah Perang yang kini mendahului
saingan Kumpulan G.
“Sudah
beberapa perlawanan saya tidak menyumbang jaringan bersama skuad kebangsaan.
“Tapi hari ini
saya berjaya meledak gol. Terima kasih kepada rakan sepasukan dan seluruh
penyokong.
“Ia bagus
untuk saya mendapatkan lebih keyakinan menentang Thailand dan Indonesia nanti,”
katanya ketika ditemui selepas aksi berdepan Tajikistan.
Safawi yang
menjadi tonggak penting pasukan kebangsaan tidak meledak gol dalam lapan
perlawanan dan kali terakhir dia menyumbang jaringan ketika berdepan Timor
Leste dalam aksi kelayakan pusingan pertama, 7Jun lalu.
Selain itu,
Safawi mengakui jentera serangan Harimau Malaya masih perlu memperbaiki
ketajaman penyudah jika mahu mendapatkan keputusan terbaik berdepan Thailand
dan Indonesia.
“Pada
perlawanan sebelum ini kita banyak mencipta peluang, cuma tidak dapat
menjaringkan gol.
“Jadi kita
kena perbaiki dari aspek meledak jaringan, itu yang penting.
“Kita mempuyai
pemain sayap kiri dan kanan serta pertahanan kiri dan kanan yang sentiasa buat
membuat larian ke atas.
“Jadi itu
kelebihan kita untuk jaringkan gol,” katanya.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Isnin, 11 November 2019 | 2:19pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan