MyMetroUtama

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
“IA satu keputusan yang tidak
masuk akal apabila pemain yang sedang berada pada tahap prestasi terbaik,
diketepikan dengan alasan pemain itu penat.
“Sebelum ini (dua tahun lalu)
kita bermain di tempat sendiri. Itupun sukar kita nak meraih pingat emas, ini
pula beraksi di Filipina tanpa tonggak yang berjaya meledak gol ketika bertemu
Indonesia, Selasa lalu.
‘Mungkin Safawi (Rasid) mahu
bermain cuma apabila tidak disenaraikan... dia tidak mahu komen dan menghormati
keputusan itu. Malah, sebagai pemain sudah pasti setiap individu mahu bermain
jika diberikan kesempatan,” kata pengkritik bola sepak, Khalid Ali.
Bagi Khalid, Safawi mungkin tidak
serius mengatakan dia penat bagi menolak bermain di Sukan Sea dan percaya
sebagai seorang profesional, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan sedar ia
bukan alasan terbaik untuk diketengahkan.
Khalid juga percaya, alasan penat
tidak boleh digunakan oleh mana-mana pemain untuk menolak panggilan bersama
skuad kebangsaan kerana ia adalah asam garam sebagai pemain bola sepak sepenuh
masa.
“Safawi berada dalam kemuncak
prestasi dan dia perlu bersedia jika khidmatnya diperlukan untuk menyarung
jersi kebangsaan. Jika saya adalah jurulatih, sudah tentu saya mahukan lebih
ramai pemain berpengalaman dan bagus untuk dibawa ke Sukan Sea,” katanya.
Semalam, Arena Metro melaporkan
Safawi mendakwa dia terlampau penat dengan jadual perlawanan padat sepanjang
tahun ini dan tidak kesal namanya tidak berada dalam senarai pemain ke Sukan
Sea.
Safawi sah tidak beraksi di
Filipina selepas Kim Swee mengumumkan senarai pemain pada sesi latihan yang
berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), kelmarin.
Keputusan itu sememangnya di luar
jangkaan kerana Safawi awal-awal lagi dicanang bakal memperkuatkan pasukan
negara yang menyasarkan mara ke pentas final temasya dwitahunan itu.
Malah, Safawi juga sebelum ini
adalah ketua pasukan skuad B-22 ketika mengharungi pusingan kelayakan Kejuaraan
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Kuala Lumpur, Mac lalu.
Sementara itu, bekas pertahanan
negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, penat bukan alasan terbaik untuk
tidak menyarung jersi kebangsaan.
“Penat bukan alasan yang patut
diberikan oleh pemain profesional kerana kerjaya kita adalah bermain bola
sepak, malah rehat selama 72 jam saja sudah mencukupi untuk pulih,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 22 November 2019 @ 7:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan