SUKAN»Bola
Rabu, 20 November 2019 | 9:08pm

Gambar fail, Jurulatih Skuad
Kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee (tengah) memerhatikan
sebahagian pemain skuad kebangsaan Sukan SEA 2019 berlatih sebagai persiapan
menjelang Sukan SEA 2019 Filipina di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Foto Aizuddin
Saad
Ambil peluang ketiadaan Safawi -
Kim Swee
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Ketiadaan Safawi
Rasid dalam skuad negara ke Sukan SEA di Filipina perlu dilihat secara positif
dan kekosongan yang ditinggalkan tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu perlu
dimanfaatkan sepenuhnya pemain lain.
Sekali pun berat, pengendali
negara, Datuk Ong Kim Swee berkata keputusan untuk mengeluarkan nama Safawi
adalah demi kebaikan pemain berkenaan.
"Ini adalah keputusan saya
selepas memikirkan tentang kebaikan Safawi ketika dia bermain dalam banyak
perlawanan dengan kelab dan juga pasukan negara kita.
“Safawi faham kenapa dia tidak
dipilih dan ia demi kebaikannya, kebaikan JDT dan pasukan kebangsaan.
"Demi kebaikan semua, saya
terpaksa memutuskan untuk Safawi berehat dan saya harap semua pihak faham
dengan apa yang saya lakukan.
"Ini membuka ruang kepada
pemain lain. Kalau Safawi berada dalam skuad mungkin peluang tertutup seorang
atau dua pemain tetapi dengan ketiadaan Safawi, ia beri peluang kepada mereka
untuk membuktikan dan mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama mahupun
senarai terakhir 20 pemain," katanya.
Bintang JDT itu ketika ini berada
pada tahap terbaik termasuk meledak dua gol untuk membantu Harimau Malaya
mengatasi Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Ketika ini, Kim Swee yakin
seluruh pemain akan berada pada tahap terbaik menjelang sepak mula menentang
Myanmar, Isnin ini.
"Sudah tentu waktu yang
singkat. Dalam beberapa hari latihan lagi, saya percaya kita mampu mendapatkan
keserasian yang baik," katanya.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan