SUKAN»Bola
Isnin, 28 Ogos
2017 | 5:30pm

KL2017: Kami
akan sentap ego Thailand - Safawi
Oleh Aziman
Rosdi
aziman@hmetro.com.my
SHAH ALAM:
"Thailand berlagak sangat, final ini saya mahu buat mereka kecewa,"
kata penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Safawi Rasid menjelang
perlawanan akhir dengan pasukan juara bertahan Thailand di Stadium Shah Alam,
jam 8.45 malam esok.
Safawi
berkata, dia dan rakan sepasukan begitu bersemangat untuk menyekat dominasi
Thailand yang kini memburu kejuaraan hatrik.
"Kita
berjaya menundukkan Indonesia (1-0) di separuh akhir dan ia bukan perlawanan
mudah. Kejayaan itu memberikan kita keyakinan dan kita akan bermain di tempat
sendiri bersama sokongan padu penyokong. Saya fikir kita boleh beri persembahan
lebih baik di final.
"Ini kali
pertama saya bermain di Sukan SEA dan kali pertama ke final. Kita akan bermain
untuk merebut ibu segala pingat dan sudah pasti kita ingin menewaskan Thailand
untuk leburkan ego mereka di mana sebelum ini mereka memperlekehkan kemampuan
kita," katanya.
Semangat
pemain negara kian membara apabila mereka kini hanya selangkah untuk melakar
sejarah merangkul kejuaraan sejak Sukan SEA Jakarta 2011.
Pada mulanya
ramai yang beranggapan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu sukar untuk ke final
termasuk penyerang Thailand, Sittichok Kannoo yang memilih untuk bertemu
Indonesia kerana menganggap pasukan tuan rumah tidak kuat.
Malah
keyakinan pemain lawan itu disuntik dengan kejayaan mereka mengalahkan Malaysia
3-0 pada pertemuan terakhir di Bangkok dalam saingan kelayakan Kejohanan AFC
B-23 bulan lalu.
Safawi, 20,
yang sudah meledak dua gol setakat ini menganggap pertemuan itu tidak boleh
diambil kira kerana beberapa perubahan sudah dilakukan Kim Swee.
"Saya
fikir kita berada di tahap terbaik. Di sebalik semangat ini, kita tak boleh
terlampau yakin dan tertekan. Sebelum ini ada enam pemain tak pergi ke Bangkok,
termasuk saya dan diharap enam pemain ini dapat bantu kejayaan pasukan,"
katanya.
Selain Safawi,
lima lagi pemain yang tidak bersama pasukan menentang Thailand di Bangkok
adalah Matthew Davies, Nor Azam Azih, S Kumaahran, Syamer Kutty Abba dan Haziq
Nadzli kerana tidak mendapat pelepasan pasukan masing-masing.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan