MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 20
November 2019

Pengendali sementara Indonesia,
Yeyen Tumena mengakui bakat luar biasa yang dimiliki pemain sayap negara, Muhammad
Safawi Rasid. - FOTO ZAHID IZZANI
PENGENDALI sementara Indonesia,
Yeyen Tumena mengakui bakat yang dimiliki pemain sayap negara, Muhammad Safawi Rasid
adalah sangat luar biasa.
Pada perlawanan kelayakan Piala
Dunia 2022/Piala Asia 2023, Safawi memastikan kemenangan skuad Harimau Malaya
dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-29 dan ke-72 sekali gus merangkul
kemenangan ketiga daripada lima perlawanan dan memacu Malaysia ke tempat kedua
dengan sembilan mata.
"Saya sudah melihat dia
(Safawi) semasa Sukan Asia tahun lalu di Indonesia. Dia bermain bagus dan
berjaya mencipta gol semasa menentang Korea Selatan dan dari situ saya lihat
dia sebagai pemain yang baik bila bola di kakinya.
"Kaki kirinya sangat bahaya,
itu satu bakat yang luar biasa buat Malaysia," katanya pada sidang media
selepas tamat perlawanan malam tadi.
Mengulas tentang kekalahan skuad
Garuda, Yeyen berkata, pemainnya gagal memanfaatkan peluang dan dua gol yang
dihasilkan Malaysia adalah 'hadiah' daripada anak didiknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Harimau garang
jinakkan Garuda
Apa pun, beliau tetap memuji
pemainnya kerana kerja keras dan berusaha bermain mengikut taktikal yang
diberikan biar pun keputusan tidak memihak pasukannya.
"Saya ucapkan selamat buat
Malaysia yang menguasai permainan biar pun kita memiliki banyak peluang dan
bergerak lebih efektif.
"Tentang kegagalan penalti
itu, bagi saya semua pemain boleh gagal melakukannya. Lionel Messi... Diego
Maradona pun pernah gagal. Kalau hendak kata penalti itu detik kebangkitan,
saya setuju. Apa pun itu pertandingan dan keputusan 90 minit itu sudah ada dan
kita tak boleh mengubahnya," katanya.
Sementara itu, pemain penyerang,
Febri Hariyadi berkata, pemain sudah bekerja semaksimum mungkin, tetapi
keputusan tidak memihak kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan