BERNAMA | 15
May 2019
Pemain Pahang,
Norshahrul Idlan Talaha (kanan) merampas bola dari pemain JDT, Muhammad Safawi
Rasid pada perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunus
Larkin, malam ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR -
Pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukannya di persada Liga
Super dalam misi mempertahankan kejuaraan buat kali keenam berturut-turut
selepas menewaskan pencabar terdekat, Pahang 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan
Yunos, Larkin, malam tadi.
Kejayaan
mengekalkan aksi tanpa kalah dengan rekod 10 kemenangan daripada 13 perlawanan
itu menyaksikan skuad ‘Harimau Selatan’ mengumpul 33 mata untuk selesa
menerajui takhta liga dengan kelebihan lapan mata, meninggalkan Pahang di
kedudukan kedua.
Pada aksi
penuh dramatik itu, keputusan Ketua Jurulatih Benjamin Mora membawa masuk
pemain muda sensasi kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada babak kedua
membuahkan hasil apabila beliau muncul sebagai arkitek kejayaan JDT menerusi
satu jaringan dan perancang kepada gol pertama tuan rumah.
Kapten
pasukan, Harris Harun meledak gol pembukaan pada minit ke-69 selepas menerima
lorongan cantik Muhammad Akhyar yang tidak dikawal hasil serangan balas menarik
yang berjaya memerangkap barisan pertahanan Pahang.
Bekas
penyerang Kedah itu kemudian menceriakan ribuan penyokong tuan rumah menerusi
gol pada masa kecederaan babak kedua sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh
buat JDT.
Pada masa
sama, PJ City FC mencatat kemenangan dramatik apabila bangkit daripada
ketinggalan 0-3 sebelum menundukkan Terengganu FC 5-3 di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Lima gol PJ
City FC dihasilkan pada babak kedua perlawanan, masing-masing dijaringkan
Elizeu Aralijo pada minit ke-49, Pedro Henrique (ke-57 dan 80’), Washington
Brandao (ke-57) dan Mohamad Zamri Ramli pada minit ke-77.
Terdahulu,
tiga gol pasukan tuan rumah pada babak pertama terhasil menerusi Kipre Tchetche
seawal minit ke-10 diikuti Mohamad Nabil Ahmad Latpi (ke-17) dan Mohamad Ashari
Samsudin, selang dua minit kemudian.
SUMBERArtikel
Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/28184/BERITA/Sukan/JDT-kukuh-penguasaan-di-persada-Liga-Super©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan