MyMetroArena
Daripada
Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain di Jakarta
sukanteam@nstp.com.my

PELEDAK utama
negara Safawi Rasid tidak mahu 'tamak' malah tidak kisah siapa yang
menjaringkan gol ketika menentang Jepun dalam aksi pusingan kedua esok.
Baginya,
paling penting adalah skuad B-23 negara mara ke peringkat suku akhir terlebih
dulu.
"Saya tidak
kisah siapa yang meledak jaringan, janji keputusan positif kepada pasukan yang
sudah mara sejauh ini,” kata Safawi.
"Namun
sebagai penyerang saya sedar dan perlu melaksanakan tugas iaitu meledak
jaringan bagi membantu pasukan serta diri sendiri."
Penyerang
berusia 21 tahun itu mempamerkan persembahan konsisten sepanjang Sukan Asia
apabila meledak gol dalam setiap perlawanan yang diharungi skuad negara.
Bermula dengan
satu gol menentang Kyrgyzstan, dia terus mempamerkan sentuhan pembunuh dengan
dua gol ketika menumbangkan Korea Selatan diikuti sepakan penalti ketika tewas
kepada Bahrain.
"Kita
akan mengikut taktikal yang dirancang jurulatih mengenai apa yang perlu
dilakukan ketika menyerang dan bertahan.
"Mana-mana pasukan yang bermain secara individu akan
berdepan kesukaran berbanding mereka yang bermain secara berpasukan,"
katanya.
Kali terakhir
Malaysia menentang Jepun di pentas Sukan Asia adalah pada edisi 2010 ketika
skuad negara tewas 2-0 pada peringkat kumpulan.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 2:28 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan