MyMetroArena
Daripada
Aziman Rosdi di Kunshan dan China
aziman@nstp.com.my

PENGENDALI
Korea Selatan, Kim Bong Gil mengakui anak buahnya terpaksa bijak menyimpan
tenaga untuk menewaskan Malaysia 2-1 pada aksi suku akhir Kejohanan Konfederasi
Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di Stadium Kunshan, China hari ini.
Ia jelas pertemuan
sukar buat naib juara 2016 itu berdepan skuad negara meskipun di atas kertas,
mereka pasukan pilihan.
Ternyata
pemain Korea Selatan tidak berada di tahap terbaik selepas bergelut menewaskan
Australia 3-2 pada aksi terakhir Kumpulan D, Rabu lalu.
Berdepan skuad
kendalian Datuk Ong Kim Swee hari ini, mereka gagal menguasai bola meskipun
meraih gol seawal 12 saat permainan bermula menerusi jaringan Cho Jae Wan.
Bong Gil
mengakui situasi sukar itu dengan mengarahkan anak buahnya bijak menggunakan tenaga.
“Pemain kami
banyak melakukan tekanan kepada Australia pada babak pertama dan kami keletihan
pada babak kedua sehingga dibolosi dua gol. Jadi menentang Malaysia, saya
arahkan pemain supaya membahagikan tenaga dengan bijak.
“Malaysia
pasukan yang bagus, saya berterima kasih kepada pemain kerana berjaya memenangi
perlawanan ini kerana saya bimbang dengan tahap fizikal dan tenaga pemain,”
katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
Gol jaringan
pada minit ke-85 pemain tengah, Han Seung Gyu nyata melegakan pasukan gergasi
Asia itu ketika Malaysia cuba bangkit mengasak selepas menyamakan kedudukan
hasil tandukan N Thanabalan pada minit ke-67.
Kemenangan itu
membolehkan Korea Selatan menempah pertemuan dengan Uzbekistan pada aksi
separuh akhir Selasa ini dalam misi memburu kejuaraan pertama selepas kalah 2-3
di tangan Jepun pada final 2016.
“Uzbekistan
pasukan yang seimbang dari segi menyerang dan bertahan, mereka juga memiliki
pemain yang bagus tapi kami akan bersedia,” kata bekas pengendali Incheon
United itu.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2018 @ 9:26 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan