MOHD FIRDAUS YON | 17 Apr 2019

Pemain PKNS FC mengasak Safawi
Rasid dalam aksi Piala FA 2019 di Larkin, sebentar tadi.
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) gagal
mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2019 selepas tewas 0-1 kepada PKNS FC
dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.
Jaringan pemain import PKNS FC,
Kpah Sherman menunjukkan pintu keluar buat JDT daripada saingan piala tersebut.
JDT yang terpaksa bermain dengan
10 pemain sejurus Kiko Insa dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan,
berdepan kesukaran untuk mencari jaringan di hadapan penyokong sendiri.
Manakala PKNS FC dikendalikan
oleh Datuk K Rajagobal tidak melepaskan peluang dan menggunakan kelebihan
dengan mengasak pasukan tuan rumah yang kelihatan ‘tempang’ selepas kehilangan
Kiko.
Asakan pasukan pelawat akhirnya
membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh jaringan menerusi tandukan Kpah
Sherman pada minit ke-48 selepas menerima hantaran rakan sepasukan.
Meskipun membuat beberapa
pertukaran termasuk memasukkan Safawi Rasid dan Diogo Santo dalam memperkuatkan
jentera serangan bagi mencari gol penyamaan, keputusan 1-0 tidak berubah
sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 17 Apr
2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan