MyMetroArena
Zulfaizan
Mansor
zulfaizan@nstp.com.my

BURIRAM,
Thailand: Pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid tekad meledak gol lagi
buat Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara di
Stadium I-Mobile, malam ini.
Pemain muda
Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjelaskan, keyakinannya kini berada pada tahap
terbaik selepas meledak gol pertama bersama skuad senior negara ketika tewas
1-4 pada aksi pertama di stadium sama, Jumaat lalu.
“Bagi saya,
jaringan itu sangat bermakna kerana ia gol pertama saya untuk Harimau Malaya
dan sudah pasti dapat meningkatkan lagi moral dan semangat saya.
VINGADA
(kanan) tengah mengatur strategi dengan penolongnya, Tan Cheng Hoe.
“Malah, saya
juga boleh beraksi di mana-mana bahagian termasuk di posisi sayap dan
penyerang. Tapi, semuanya terpulang kepada jurulatih untuk membuat keputusan
mengikut perancangannya.
“Sekiranya
diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini, saya mahu buktikan sesuatu kepada
jurulatih bahawa tindakannya memilih saya adalah keputusan tepat,” kata Safawi.
Safawi meledak
gol tungga negara ketika aksi pertama berdepan Korea Utara selepas masuk
menggantikan Wan Zack Haikal Wan Nor pada babak kedua.
Skuad
kendalian Nelo Vingada wajib menang perlawanan malam ini bagi menghidupkan
peluang tipis untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu
(UAE) pada 2019.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2017 @ 3:57 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan