MyMetroArena
Daripada
Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain
sukanteam@nstp.com.my

PENYERANG
negara Safawi Rasid jelas tidak bernasib baik untuk menambah koleksi
jaringannya apabila gagal menggegar gawang Jepun malam tadi.
Dua peluang
keemasan yang dimilikinya ketika perlawanan berbaki 10 minit sekadar menggegar
palang dan tiang lawan pada perlawanan pusingan kedua itu.
"Sangat
kecewa kerana ia peluang keemasan saya untuk menjaringkan gol namun tidak
berhasil. Sebagai penyerang, saya perlu tajamkan lagi semua kekurangan ini,”
kata Safawi.
Jepun berjaya
mendapatkan penalti selang beberapa minit selepas dua percubaan Safawi sekali
gus menewaskan skuad negara 1-0.
"Perit
sekali...kita sudah bertahan dan menyerang. Malah selepas mereka menjaringkan
gol, kita terus menyerang. Tekanan memang sedikit tinggi kerana ia peringkat
kalah mati.
“Berbeza
ketika menentang Korea Selatan dalam aksi kumpulan. Tapi tiada siapa harus
dipersalahkan..kita menang bersama, tewas juga sebagai sebuah pasukan,"
katanya.
Safawi yang
sudah meledak empat gol berkata, mereka berjaya mengimbangi permainan lawan pada
separuh masa kedua namun tidak menemui sentuhan penyudah.
"Kita
mengikut perancangan taktikal jurulatih dan berjaya memberi saingan. Mungkin
perbezaan antara kami adalah tahap keyakinan dan tidak bernasib baik,"
katanya.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Ogos 2018 @ 1:41 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan