MOHD FIRDAUS
YON | 02 Feb 2019

Penyerang JDT,
Syafiq Ahmad diasak pemain Perak.
JDT
pertahankan Piala Sumbangsih dimenangi tahun lalu.
Penyerang JDT,
Syafiq Ahmad diasak pemain Perak.
JDT
pertahankan Piala Sumbangsih dimenangi tahun lalu.
Penyerang JDT,
Syafiq Ahmad diasak pemain Perak.
JDT
pertahankan Piala Sumbangsih dimenangi tahun lalu.
JOHOR Darul
Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2019 selepas menewaskan Perak
1-0 dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.
Gol tunggal
JDT dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera.
Beraksi di
hadapan ribuan penyokong sendiri, JDT bermula garang apabila melancarkan
serangan ke atas pertahanan dan gawang pasukan lawan menerusi gandingan
Cabrera, Aaron Niguez, Syafiq Ahmad dan Muhammad Safawi Rasid.
Pada minit
ke-6, Safawi melakukan rembatan dari luar kotak penalti, namun berjaya
diselamatkan oleh penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim.
Antara aksi
antara JDT dan Perak bagi Piala Sumbangsih 2019.
Beberapa minit
kemudian, Aaron Niguez turut menguji penjaga gol The Bos Gaurus tetapi sekali
lagi Muhammad Hafizul Hakim menyelamatkan gawang Perak daripada dibolosi
pasukan tuan rumah.
Menguasai
keseluruhan permainan, JDT akhirnya berjaya meledakkan gol menerusi Gonzalo
Cabrera pada minit ke-40 yang merembat masuk bola di dalam kawasan kotak
penalti pasukan lawan.
Antara aksi
antara JDT dan Perak bagi Piala Sumbangsih 2019.
Bermula
separuh masa kedua, JDT terus menggandakan asakan bagi mencari gol tambahan
sementara Perak secara positif menyerap tekanan pasukan tuan rumah selain
membuat beberapa counter attack.
Meskipun JDT
dan Perak saling mengasak antara satu sama lain, tiada sebarang jaringan
terhasil oleh kedua-dua pasukan dan keputusan 1-0 kekal sehingga pengadil
meniupkan wisel penamat.
Kejayaan itu
menyaksikan JDT berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun
lalu, selain mengutip tiga mata penuh pertama bagi saingan Liga Super untuk
musim baharu.
SUMBERArtikel
Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/11101/BERITA/Sukan/JDT-juara-Piala-Sumbangsih-2019
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan