MyMetroUtama
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur:
“Saya tak bimbang dengan pemain nombor 12 Malaysia (N Thanabalan) kerana
sebelum ini (Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia bawah 23 tahun) kami
mampu menyekat pergerakannya.”
Demikian nada
keyakinan dilontarkan tonggak pertahanan kental Thailand, Worawut Namvech yang
bersedia untuk menyekat penyerang negara, Thanabalan daripada mencetak nama
selaku penjaring pada aksi final malam esok.
Ujar pemain
kelab Sisaket FC di liga satu Thailand itu, aksi berdepan tuan rumah bukanlah
sesuatu yang asing sebaliknya kedua-dua pasukan sudah bertembung beberapa kali dengan
dia berjaya menggari Thanabalan.
“Kami sudah
jumpa Malaysia banyak kali dan terbaru pada bulan lepas di mana kami berjaya
mencatatkan kemenangan 3-0 pada saingan kelayakan Piala AFC di Bangkok.
“Dalam aksi
itu, pemain nombor 12 Malaysia turut bermain dan saya berjaya menghalang setiap
pergerakannya.
“Saya sangat
yakin dapat menjaganya sekali lagi walaupun dia amat popular ketika ini kerana
menjaringkan banyak gol untuk Malaysia di Sukan SEA,” kata pemain kelahiran
Phuket itu.
Jelasnya lagi,
dia lebih gentar dengan kelincahan penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT),
Safawi Rasid yang memiliki sepakan kencang selain skil individu menarik.
“Bagi saya
pemain nombor 6 (Safawi) lebih berbahaya daripada nombor 12. Kami kena pastikan
tiada sebarang percubaan dari pemain itu kerana rembatannya cukup merbahaya
kepada kubu kami,” katanya.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2017 @ 7:37 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan