MyMetroArena
Daripada
Aziman Rosdi di Changshu dan China
aziman@nstp.com.my

PENYERANG
negara Safawi Rasid mengakui mereka lambat panas apabila kecundang 1-4 di
tangan bekas juara Iraq pada aksi pembukaan Kumpulan C Kejohanan AFC B-23 di
Stadium Changshu, China hari ini.
Safawi, 20,
menyumbat gol tunggal negara selepas ketinggalan 0-3 dalam perlawanan itu
menerusi rembatan leret pada minit ke-79 menewaskan penjaga gol Iraq, Ahmed
Basil.
Dia menganggap
selain kesilapan sendiri pemain yang menghadiahkan gol kepada pasukan juara
2013 itu, mereka beraksi kurang yakin pada awal permainan.
“Alhamdulillah
saya dapat menjaringkan gol tapi agak kecewa kerana tak dapat bantu meraih
kemenangan. Kami banyak juga menyerang dan bertahan agak baik cuma tiga gol
adalah kesilapan pemain sendiri dan kami akan cuba perbaiki.
“Tak ada beza
(dengan Iraq) cuma kesilapan kami sendiri. Kami lambat dapat keyakinan kerana
itu kami lepaskan gol mudah,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.
Safawi
bergandingan dengan Jafri Firdaus Chew dan N Thanabalan namun mereka agak sukar
untuk menembusi pertahanan Iraq yang lebih selesa beraksi dalam cuaca sejuk
dengan suhu sekitar 3 Celsius.
Kekalahan itu
belum menutup peluang anak buah Datuk Ong Kim Swee namun perlu mencatat
keputusan lebih baik dalam baki perlawanan Kumpulan C menentang Jordan, Sabtu
ini dan Arab Saudi, Selasa depan.
“Mungkin ramai
(peminat) tengok kami banyak kekurangan tapi kami akan cuba lebih fokus untuk
perlawanan seterusnya. Bagi saya sendiri, saya akan cuba sedaya upaya membantu
skuad negara,” kata Safawi.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 8:14 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan