SUKAN»Bola
Khamis, 27 Februari 2020 |
10:09am

Safawi Rasid dinantikan dengan
dia dijangka terus ‘meletup’. Pada usianya ketika ini, dia menunjukkan
persembahan yang lebih matang dan bagus, jadi musim 2020 mungkin menjadi
tahunnya. - Foto NSTP
Safawi dijangka 'meletup'
KUALA LUMPUR: Apakah yang
membezakan antara kemenangan dan kekalahan bagi sesuatu pasukan?
Sudah tentu adalah jaringan gol
yang diperoleh pasukan kerana jika pasukan itu meledak lima gol sekalipun,
mereka tetap tewas sekiranya pasukan lawan menjaringkan satu gol lebih
berbanding mereka.
Walaupun Liga Super dilabel ‘Liga
Gred D’ namun keterujaan menyaksikan penyerang pasukan masing-masing
menggelecek dan menjaringkan gol daripada pelbagai sudut tak kira gol cantik
ataupun tidak, tetap dinantikan peminat bola sepak tempatan.
BH Sukan mendapatkan analisis
daripada bekas penyerang kebangsaan, Azlan Johar mengenai kemampuan jentera
serangan setiap pasukan Liga Super bagi musim 2020.
Secara keseluruhannya, juara Liga
Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat kekal menjadi pasukan nombor satu dalam
saingan bola sepak tempatan musim ini.
Sukar untuk menafikan perkara ini
namun inilah realiti yang perlu diterima semua penyokong memandangkan skuad
Harimau Selatan itu sememangnya memiliki kualiti yang tersendiri daripada
segala aspek termasuklah jentera serangannya.
Berdasarkan statistik, mereka
menjadi pasukan paling ‘ganas’ musim 2019 apabila menjadi pasukan yang paling
banyak menjaringkan gol dalam Liga Super iaitu sebanyak 49 gol iaitu lebih
lapan gol mengatasi penjaring kedua terbanyak, Selangor (41 gol).
Statistik ini sedikit sebanyak
mencerminkan kualiti jentera serangan yang ada pada JDT dan jika mereka terus
konsisten dengan prestasi sebegini, tidak mustahil mereka sekali lagi akan
mengekalkan trofi Liga Super di bumi Johor.
1. JDT
Mereka bukanlah satu pasukan yang
sempurna kerana mereka tidak mendominasi perlawanan sepenuhnya dan penyerang
mereka ada kalanya gagal menyudahkan peluang namun kualiti jentera serangan
mereka berfungsi sepenuhnya untuk mendapatkan kemenangan.
JDT mengekalkan pemain import
yang menjadi tunjang serangan mereka. Ini adalah antara rahsia jentera serangan
mereka sentiasa berjaya meledak gol kerana mereka sudahpun ada persefahaman
yang baik kerana sudah bersama untuk tempoh masa yang panjang.
Aksi pemain sayapnya, Safawi
Rasid dinantikan dengan dia dijangka terus ‘meletup’. Pada usianya ketika ini,
dia menunjukkan persembahan yang lebih matang dan bagus, jadi musim 2020
mungkin menjadi tahunnya.
Walaupun Safawi dilabel ‘kaki
bolot’ namun sebagai penjaring gol, sikap itu perlu ada.
Selain JDT, empat lagi pasukan
dilihat memiliki jentera serangan pada kualiti yang hampir setara dengan mereka
dengan empat pasukan ini dijangka dapat ‘menyukarkan’ JDT dalam perebutan
gelaran juara Liga Super 2020.
2. KEDAH
Menamatkan saingan di tangga
keempat Liga Super 2019, mereka meledak 37 gol musim lalu namun menggugurkan
jentera serangan musim lalu apabila membawa dua penyerang yang dilabel sebagai
antara penggempur terbaik Liga Super iaitu Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.
Kemasukan pemain ini jelas
memberi isyarat betapa Kedah tidak ‘main-main’ untuk mencabar kejuaraan liga
musim ini dan pencapaian Sherman selaku Penjaring Terbanyak Liga Super 2019 dan
Kipre sebagai Penjaring Terbanyak Piala Malaysia 2018 membuktikan kualiti
mereka.
Dengan suasana harmoni dalam kem
Kedah, ini memberi petunjuk yang baik kepada persediaan mereka menjelang musim
ini.
Aidil Sharin Sahak
sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega kerana dua penyerangnya itu pasti
boleh diharap untuk membantu pasukan itu merobek gawang lawan.
3. SELANGOR
Situasi sama seperti Kedah di
mana Selangor turut memiliki dua gandingan penyerang berbisa yang begitu
dinantikan penyokong The Red Giants.
Jika Kedah ada Kpah-Sherman, B
Sathianathan memiliki gandingan ‘Rufidayo’ iaitu Rufino Segovia dan Ifedayo
Olusegun yang sudahpun membuktikan kredibiliti mereka sebagai penggempur
terbaik Liga M.
Rufino muncul Penjaring Terbanyak
Liga Super 2018 dengan 31 gol namun diketepikan sepanjang musim lalu susulan
kecederaan serius tetapi penggantinya iaitu Ifedayo turut beraksi cemerlang
apabila meledak 16 gol sepanjang musim lalu.
Dengan jumlah gol yang dihasilkan
dua pemain itu, Selangor tampak memiliki gandingan penyerang yang pasti mampu
memberikan masalah kepada mana-mana pertahanan Liga Super.
4. PAHANG dan PERAK
Pahang turut perlu diberikan
perhatian memandangkan mereka sah mengikat Dickson Nwakaeme untuk musim 2020.
Penyokong bola sepak tempatan
pasti tahu kualiti ‘Orang Besi’ itu yang memiliki kelebihan penyudah yang tajam
serta fizikal yang sukar ditumbangkan. Jadi pemain Nigeria itu dijangka menjadi
antara pemain yang akan menyerlah musim ini.
Buat Perak, kombinasi ‘saudara
Brazil’ antara Careca dan penyerang baharunya, Guilherme de Paula akan menjadi
kunci untuk membawa Perak menjadi pesaing pada musim ini.
Persefahaman antara pemain yang
sama negara sama sekali tidak akan menjadi masalah walaupun De Paula baru
menyertai Perak dan mereka akan dapat memikul tanggungjawab yang diletakkan
Mehmet Durakovic.
5. TERENGGANU FC
Antara pasukan yang perlu
disaksikan dan mungkin mampu menjadi ‘pengacau’ dengan kualiti yang ada pada
mereka. Rekod mereka musim lalu juga agak baik apabila menghasilkan 35 gol.
Jentera serangan mereka ada
kualiti yang tersendiri namun belum cukup untuk mencabar kelompok lima pasukan
seperti dinyatakan di atas.
Malah, kemasukan penyerang baharu
juga mencetuskan rasa misteri kerana kita tidak begitu tahu mengenai
kemampuannya sama ada mampu beraksi dengan baik ataupun bergelut sehingga
terpaksa digantikan pada jendela perpindahan kedua nanti.
6. MELAKA, PJ CITY FC, FELDA
UNITED, SABAH, PDRM, UiTM FC
Ini tidak bermakna jentera
serangan enam pasukan ini buruk tetapi mereka tidaklah sebaik seperti enam
pencabar yang lain.
Menarik untuk menyaksikan
bagaimana jentera serangan tiga pendatang baharu iaitu Sabah, PDRM dan UiTM FC
yang bakal bersaing dalam Liga Super 2020
Selaku juara Liga Perdana, Sabah
meledak 33 gol musim lalu namun mereka perlu meningkatkan lagi permainan jika
mahu mendapatkan jumlah yang sama memandangkan intensiti Liga Perdana dan Liga
Super sudah pasti berbeza.
Begitu juga dengan UiTM FC yang
beraksi buat kali pertama dalam saingan elit itu. Prestasi musim lalu
sememangnya cemerlang apabila mereka merekod 33 gol namun persoalannya, adakah
nombor sama boleh dicatat apabila mereka akan berdepan ‘gergasi’ Liga M?
7. FELDA UNITED dan PDRM dijangka
bergelut
Dua pasukan ini mungkin berdepan
cabaran besar selepas mereka melakukan rombakan besar dan membawa masuk ramai
pemain baharu.
Masalah utama sudah pasti
membabitkan persefahaman yang perlu dibentuk antara pemain bagi mendapatkan
mutu permainan yang dimahukan.
Jadi kemasukan ramai muka baharu
agak menyukarkan mereka mendapatkan persefahaman dan dua pasukan ini dijangka
bergelut untuk memulakan musim dengan baik terutama PDRM yang membuka saingan
dengan mata negatif tiga.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan