DAIRI 2020
SUKAN»Bola
Rabu, 29 Januari 2020 | 9:05pm

Penyerang Malaysia, Muhamad
Safawi Rasid (kiri), dan penyerang Perancis, Mbappe.
Safawi sebaris Mbappe
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Nama penyerang
Harimau Malaya, Safawi Rasid terus melonjak selepas disenaraikan sebagai antara
'future wonderkid' dalam arena bola sepak dunia.
Senarai itu dikeluarkan satu
laman sosial berkaitan bola sepak, tekkers yang meletakkan Safawi sebagai
pemain masa depan Malaysia.
Lebih mengujakan, dia tersenarai
bersama bintang Perancis, Kylian Mbappe dan pertahanan muda England yang
beraksi bersama Liverpool, Trent Alexander Arnorld.
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT)
itu bagaimanapun enggan menjadikan pengiktirafan itu sebagai medan untuk dia
bermegah atau besar kepala.
Sebaliknya, Safawi menyifatkan ia
sebagai petanda untuk dia terus meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi
sama ada bersama Harimau Malaya, mahupun JDT.
“Memang pengiktirafan itu agak
mengejutkan saya kerana laman sosial berkenaan juga menyenaraikan pemain muda
lain yang ada nama di pentas dunia.
"Apa yang saya harapkan ia
dapat melonjakkan lagi nama Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya
semalam.
Prestasi cemerlang Safawi bersama
Harimau Malaya serta beraksi bersama JDT di Liga Super dan Liga Juara-Juara
Asia (ACL) dilihat menjadi antara faktor namanya tersenarai dalam carta itu.
Selain Safawi, pemain Indonesia
yang berkelana di bumi Poland, Egy Maulana Vikri turut tersenarai di dalam
carta terbabit berdasarkan prestasi semasa.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan