MyMetroArena

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PEMAIN sayap skuad Harimau
Malaya, Safawi Rasid teruja dengan kehadiran pemain kelahiran Kosovo, Liridon
Krasniqi yang bakal menambah sengat pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa
selepas ini.
Liridon, 28, pada Isnin lalu
memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian selepas menerima
kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.
Ia membolehkan penyerang Johor
Darul Ta’zim (JDT) itu hanya selangkah untuk menyarung jersi negara dan
mengikut jejak seorang lagi tonggak naturalisasi, Mohamadou Sumareh.
“Penyertaaan Liridon memberi
impak besar terhadap prestasi negara, tambahan pula dia pemain berpengalaman
dan beraksi di beberapa kelab luar serta dalam Malaysia.
“Saya yakin Liridon mampu untuk
bertindak cemerlang dengan menyumbang sesuatu buat pasukan negara,” kata Safawi
ketika dihubungi Arena Metro.
Menurut Safawi lagi, setiap
pemain memiliki kelebihan, sudah pasti Liridon menambah pilihan lebih luas buat
ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk merangka strategi permainan.
”Terpulang kepada jurulatih untuk
menilai aksi masing-masing. Kalau ada pemain yang boleh menolong pasukan
kebangsaan dan berpengalaman, itu beri kelebihan untuk kita cuba layak ke Piala
Asia 2023 nanti,” katanya yang juga rakan sepasukan Liridon di JDT.
Ditanya sikap Liridon di dalam
latihan bersama skuad Harimau Selatan, Safawi akui bekas pemain Kedah dan
Melaka United itu banyak memberi tunjuk ajar di atas padang.
“Dia ‘OK’...macam banyak tolong
satu sama lain. Dia juga suka berkongsi pengalaman, kalau ada yang perlu
dibaiki dan begitu juga apabila ada pemain lain yang kongsi pengalaman
dengannya,” kata Safawi.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 6 Februari 2020 @ 11:12 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan