MyMetroArena

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus
gah di persada bola sepak Asia apabila dicalonkan oleh Konfederasi Bola Sepak
Asia (AFC) untuk anugerah Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad bersama empat
lagi bekas juara.
Hal ini bermakna, JDT dicalonkan
bersama kelab terhebat lain di rantau Asia iaitu Kuwait SC (Kuwait), Qadsia SC,
Al Ahed dari Lebanon dan Air Force Club dari Iraq.
Harimau Selatan, pasukan yang
menjuarai edisi 2015 sekaligus menyaksikan penampilan pertama yang cukup
mengagumkan dalam pertandingan, adalah satu-satunya pasukan dari Asia Timur
yang dicalonkan untuk anugerah itu.
Empat pasukan lain yang turut
dicalonkan adalah kelab-kelab dari Kuwait iaitu Kuwait SC, Qadsia SC, Al Ahed
dari Lebanon dan Air Force Club dari Iraq.
Pencalonan kelab yang berpengkalan
di selatan tanah air itu membuktikan pasukan bola sepak negara melangkah
setapak lagi dengan sudah mencapai taraf membanggakan.
Mengikut rekod, JDT sudah
merekodkan enam kali juara Liga Super dengan terbaharu berjaya mengekalkan
rekod tanpa kalah sepanjang tempoh saingan liga 2019.
Selain itu, JDT adalah pasukan
pertama dari Malaysia yang layak bertanding peringkat kumpulan ACL musim lalu
dan skuad kendalian Benjamin Mora itu sekadar menamatkan kedudukan di tangga
tercorot Kumpulan E dengan empat mata.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 3 Februari 2020 @ 6:25 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan