SUKAN»Bola
Isnin, 10 Februari 2020 | 1:19pm

PEMAIN JDT, Safawi Rasid. Foto FB
JOHOR Southern Tigers.
Persiapan taktikal JDT lebih rapi
- Safawi
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim
(JDT) tampak bersedia memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan aksi
pertama menentang kelab ternama dari, Jepun Vissel Kobe pada saingan Kumpulan G
di Stadium Misaki, petang esok.
Malah pemain sedang meningkat
naik dalam kancah bola sepak negara, Safawi Rasid mengakui persiapan pada
saingan musim ini tampak lebih tersusun dengan tumpuan terarah kepada membentuk
corak permainan taktikal berdepan skuad bimbingan Thorsten Fink.
"Ini adalah kali kedua saya
dan rakan sepasukan yang lain beraksi di pentas ACL yang begitu kompetitif.
Malah persiapan pada saingan musim ini lebih kepada taktikal dan perancangan
juga tampak begitu ampuh untuk berdepan kelab-kelab ternama di Asia yang
beraksi dalam Kumpulan G.
"Tiba masanya kami akan
lakukan yang terbaik pada saingan kumpulan tatkala pada musim lalu persembahan
dipamerkan memuaskan namun pada musim ini ini pergi lebih jauh dan berazam beri
yang lebih baik.
"Tidak dinafikan Vissel Kobe
dibarisi pemain pernah mewarnai Liga Perdana Inggersi (EPL) dan La Liga
Sepanyol dan ia pasti beri pengalaman terbaik buat saya dan rakan sepasukan
untuk cuba menyaingi kehebatan kelab dari Jepun itu," katanya.
Safawi berkata, walaupun bakal
berdepan kesukaran untuk beraksi dalam cuaca sejuk namun semua itu bukan
penghalang.
Sebaliknya semangat juang tinggi
dan pengalaman siri jelajah pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
apabila menentang pasukan kebangsaan Turkmenistan, kelab dari Latvia dan
Slovakia akan dijadikan bekalan penting mengharungi aksi pertama Kumpulan G.
Skuad Harimau Selatan berlepas ke
Kobe, Jepun pagi ini, pasti akan menurunkan kesebelasan terbaik namun tiada
kelibat pemain naturalisasi baharu skuad itu, Liridon Krasniqi yang kemungkinan
tidak beraksi kerana tidak sempat didaftarkan.
Bagaimanapun pengalaman beraksi
pada kancah saingan kelab-kelab elit Asia dan terpilih selaku Kelab Terbaik
Piala AFC Sepanjang Dekad pasti menambah lagi keyakinana skuad kendalian
Benjamin Mora melakar kejutan ke atas Vissel Kobe.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan