PEMAIN JDT
meraikan jaringan Akhyar Rashid (tengah) dalam aksi Liga Super menentang Pahang
di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkim malam tadi. - UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
Mohamad Faizal
Hashim
15 Mei 2019
4:10 PM
JOHOR BAHRU 15
Mei - Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa masih belum mahu
mendabik dada apabila pasukan bimbingannya semakin selesa di puncak Liga Super
dengan jurang lapan mata setelah menewaskan Tok Gajah 2-0 malam tadi.
Menurut
Figueroa, masih terlalu awal untuk skuad Harimau Selatan bersuka ria kerana
masih banyak perlawanan genting menanti mereka baik di laman sendiri mahupun di
gelanggang lawan.
Katanya,
pemainnya sudah menjalankan tugas dengan baik menewaskan pencabar terdekat pada
perlawanan malam tadi untuk meletakkan di zon selesa untuk mempertahankan
kejuaraan yang dimenangi sejak 2014 tanpa gagal.
“Kemenangan
menentang Pahang pada malam ini amat manis sekali kerana tiga mata yang diraih
membolehkan kami menjarakkan kedudukan dengan perbezaan lapan mata.
“Walaupun kami
berada di zon selesa, ia masih terlalu awal untuk kami berpuas hati dan
memikirkan soal kejuaraan Liga Super. Perjalanan kami masih jauh dan perlu
memberi tumpuan perlawanan demi perlawanan agar tidak tersilap langkah,”
katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.
Dalam pada
itu, Figueroa turut memuji aksi Duogo Luis Santo dan Akhyar Rashid yang
memainkan peranan penting dalam memastikan JDT mengutip tiga mata pada
perlawanan malam tadi.
“Diogo
merupakan aset penting kami, walaupun dia tidak menjaringkan gol tapi dia bijak
mengawal bola, membaca perlawanan dan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.
Peranan Diogo cukup penting buat kami di atas padang dan dia bijak melaksanakan
tugasnya.
“Kemasukan
Akhyar di babak kedua bukan sahaja mengubah rentak permainan malah
menghadiahkan kemenangan buat JDT. Dia licik melepasi pertahanan lawan untuk
mengumpan gol pertama selain bertuah untuk memahat nama dalam senarai penjaring
pada minit akhir permainan,” katanya. – SUMBER UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan