MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berada
di kelas tersendiri apabila tersenarai di kedudukan ke-28 daripada 162 kelab
terbaik seluruh Asia menerusi ranking kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Walaupun kedudukan itu menurun
lima anak tangga berbanding tahun lalu namun pasukan itu tetap berbangga
apabila berjaya mengatasi kelab ternama dari Asia termasuk Jeju United (29) dan
Gamba Osaka (45).
Malah JDT juga berjaya
membuktikan pasukan itu berada di kedudukan terbaik dalam kalangan kelab Asia
Tenggara mengatasi dua kelab Thailand, Buriram United (31) dan Muangthong
United (40).
Menerusi laman sesawang
www.footyrankings.com, JDT konsisten mengutip mata selepas terbabit dalam
saingan Piala AFC dan kelayakan Liga Juara-Juara Asia, sekali gus menghimpun
35.71 mata.
Pengiraan ranking itu berdasarkan
jumlah mata yang terkumpul oleh kelab dalam semua pertandingan AFC sejak 2015
dan peratusan mata Persatuan Bolasepak Malaysia.
Selasa lalu, JDT seri 1-1 dengan
kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia di
Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Mereka kalah aksi pertama 1-2 di tangan
juara bertahan Kashima Antlers di Jepun.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 15 Mac 2019 @ 6:17 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan