Rabu, 3 Januari 2018 9:00 AM
Oleh: SURYATI MOHD NOR
image:
https://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/01/02/14/15/safawi%20n%20family.ashx?w=830&h=553&crop=1
Safawi bersama keluarganya
sebelum berangkat ke Korea Selatan bulan lalu.
PETALING JAYA: Pemain prolifik
muda negara, Safawi Rasid memegang nasihat kedua ibu bapanya sepanjang
berjauhan dengan keluarga.
Pemain sayap skuad Bawah 22 Tahun
Negara (B-22) ini mengakui terlalu rindu kepada keluarganya sejak meninggalkan
tanah air bulan lalu bagi menjalani latihan akhir sebelum kempen Kejuaraan B-23
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang bermula 10 Januari ini.
"Rindu memang rindu sebab
rasa dah lama tidak berjumpa keluarga. Perasaan rindu tu selalu ada apabila
berada di luar negara.
"Sebelum berlepas ke Korea
Selatan baru-baru ni, ayah (Rasid Sulong) dan mak (Selemeh Abu Bakar) ada pesan
supaya jangan tinggal solat dan buat yang terbaik.
"Mereka juga berpesan supaya
jangan lupa keluarga dan yang paling penting saya ingat supaya bermain
bersungguh-sungguh kerana ayah pesan 'keluarga kita ni bukan macam orang lain,
nak tu dapat, nak ni dapat," ujar Safawi kepada mStar Online.
image: https://www.mstar.com.my/sukan/2018/01/03/~/media/63146b33299247c7871fbe1164127e3a.ashx?la=en
Mengambil nasihat kedua-dua ibu
bapanya, pemain kelahiran Dungun, Terengganu ini berazam untuk menjadi lebih
baik berbanding sebelum ini.
"Saya mahu meningkatkan mutu
permainan dan mencapai cita-cita untuk lebih berjaya dalam bidang ini.
"Saya juga sudah menanam
azam untuk tahun ini mahu melakukan yang terbaik supaya sekali gus mendapat
panggilan dari skuad kebangsaan (Harimau Malaya) beraksi dalam Piala Suzuki AFF
(November).
"Manakala azam untuk aksi
kelab (JDT), saya mahu bersaing bagi mendapatkan tempat dalam sebelas senarai
utama.
"Saya sedar bukan mudah
kerana di sana terdapat ramai pemain terbaik," jelasnya yang kini berada
di Nanjing, China.
Mengenai persiapan bersama skuad
Datuk Ong Kim Swee ini, Safawi memberitahu semuanya berjalan dengan lancar.
image:
https://www.mstar.com.my/sukan/2018/01/03/~/media/3aeecdc872c74a54b0c821c04f6ce42a.ashx?la=en
Safawi (belakang) bersama rakan
sepasukan, Daniel Amier dan Azam di Nanjing, China.
"Saya gembira kerana kami
sudah ada persefahaman antara satu sama lain. Lagi pun sebelum ini kami sudah
bersama dalam skuad Sukan SEA tahun lalu.
"Jadi sekarang ini, kami
lebih fokuskan perbaiki kelemahan yang ada sebelum sepak mula Piala AFC.
"InsyaAllah saya akan cuba
menjaringkan gol dan sama-sama tonjol yang terbaik. Lagipun bukan saya seorang
sahaja yang berperanan menyumbat gol, ini adalah kerja satu pasukan.
"Sekarang ini saya akan cuba
tingkatan keyakinan diri, tahap kecergasan dan mengikut arahan taktikal
jurulatih," tambahnya yang juga bermain dalam posisi penyerang.
Malaysia bakal membuka tirai
perlawanan Piala AFC Bawah 23 Tahun ini dengan bertemu Iraq pada 10 Januari,
Jordan (13 Januari) dan Arab Saudi (16 Januari) bagi saingan Kumpulan C.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan