MyMetroArena
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

PEMAIN skuad
bawah 22 tahun negara (B-22) Safawi Rasid mengingatkan rakan sepasukan untuk
fokus kepada halangan peringkat kumpulan sebelum mahu memasang impian beraksi
di final Sukan SEA hujung bulan ini.
Meskipun dia
mengakui ada harapan untuk mereka menoktahkan penantian merangkul pingat emas
di laman sendiri sejak kali terakhir pada 1989, namun saingan peringkat
Kumpulan A tidak boleh diambil mudah.
“Bermain di
tempat sendiri bukan satu bebanan tapi kelebihan kepada kita, cuma saya dan
semua rakan sepasukan harus berikan 100 peratus komitmen.
“Dalam setiap
perlawanan, setiap minit, kena berjuang sehingga tamat permainan. Semua pasukan
bagus, kita cuma mahu menang saja, sebab ini peluang untuk kita meraih pingat
emas Sukan SEA kembali,” kata Safawi.
Safawi, yang
berusia 20 tahun dan kini mewakili kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) antara
enam pemain yang dipanggil semula oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee selepas
tidak mendapat pelepasan untuk bersama pasukan dalam saingan kelayakan
Kejohanan AFC B-23 di Bangkok bulan lalu.
Pemain sayap
itu mengakui, tiada pemain sudah terjamin tempat untuk berada dalam senarai
akhir 20 pemain yang akan diumumkan hari ini.
“Kami sekarang
fokus dalam latihan bagi menghadapi saingan Sukan SEA, bagi saya peluang yang
jurulatih berikan akan saya ambil sebaik mungkin.
“Bagi saya
semua pemain mahu beraksi di Sukan SEA jadi kami perlu bersaing untuk merebut
tempat,” jelas Safawi.
Malaysia juara
2011 di Jakarta bakal memulakan kempen Kumpulan A menentang Brunei di Stadium
Shah Alam Isnin ini sebelum berdepan Singapura, Myanmar dan Laos.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 5:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan