MOHD FIRDAUS
YON | 17 Apr 2019

Pemain PKNS FC
mengasak Safawi Rasid dalam aksi Piala FA 2019 di Larkin, sebentar tadi.
JOHOR Darul
Ta’zim (JDT) gagal mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2019 selepas tewas 0-1
kepada PKNS FC dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin
sebentar tadi.
Jaringan
pemain import PKNS FC, Kpah Sherman menunjukkan pintu keluar buat JDT daripada
saingan piala tersebut.
JDT yang
terpaksa bermain dengan 10 pemain sejurus Kiko Insa dilayangkan kad merah oleh
pengadil perlawanan, berdepan kesukaran untuk mencari jaringan di hadapan
penyokong sendiri.
Manakala PKNS
FC dikendalikan oleh Datuk K Rajagobal tidak melepaskan peluang dan menggunakan
kelebihan dengan mengasak pasukan tuan rumah yang kelihatan ‘tempang’ selepas
kehilangan Kiko.
Asakan pasukan
pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh jaringan menerusi
tandukan Kpah Sherman pada minit ke-48 selepas menerima hantaran rakan
sepasukan.
Meskipun
membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Safawi Rasid dan Diogo Santo
dalam memperkuatkan jentera serangan bagi mencari gol penyamaan, keputusan 1-0
tidak berubah sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.
SUMBERArtikel
Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/24057/BERITA/Sukan/Piala-FA-JDT-tewas-di-Larkin©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan