MyMetroArena

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
TIGA elemen penting iaitu
kemampuan melepasi satu lawan satu, bijak melakukan larian dan hantaran
'curving' serta memiliki rembatan kaki kiri yang padu, adalah antara kelebihan
yang dimiliki Safawi Rasid.
Malah, kepakarannya dalam
memanfaatkan situasi bola mati di luar kotak penalti ditambah nilai pasarannya
yang melonjak hingga 300,000 euro (RM1.5 juta) yang dikeluarkan oleh laman web
terkenal www.transfermarkt.co.uk baru-baru ini meletakkan pemain Johor Darul Ta'zim
(JDT) itu dikelas tersendiri.
Lantas, tidak hairanlah mengapa
pemain utama skuad Harimau Malaya itu disenaraikan antara pemain ‘future
wonderkid’ bersama bintang muda lain dari seluruh dunia ketika ini.
Ejen berpengalaman, Effendi Jagan
Abdullah menjelaskan, Safawi sememangnya antara pemain tempatan yang menjadi
buruan beberapa kelab luar negara yang tertarik dengan aksinya.
Effendi yang juga Pengarah Urusan
Action Football Asia (M) Sdn Bhd berkata, aksi konsisten Safawi dengan JDT
dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) serta beberapa jaringan menakjubkan
bersama skuad negara membuatkan dirinya diperhatikan oleh peminat diseluruh
dunia.
“Dia seorang pemain yang bagus
dan mempunyai disiplin tinggi serta langsung tidak ada kontroversi.
“Malah, saya pun pernah dihubungi
kelab-kelab dari Jepun yang bertanya tentang Safawi selepas mereka terpikat
dengan gaya permainan dia.
“Dia memang layak untuk berada
dalam senarai pemain muda terbaik dunia kerana kebolehannya mengatasi lawan,
sepakan kaki kiri yang baik serta dia suka lakukan 'curving' yang jarang dibuat
oleh pemain lain.
“Saya yakin dia akan terus
bersinar bersama JDT ketika ini dan tak mustahil dia akan lebih menyerlah dalam
ACL musim ini," katanya.
Kelmarin, sebuah laman sosial
bola sepak antarabangsa iaitu Striker mengiktiraf kemampuan pemain kelahiran
Dungun, Terengganu itu apabila tersenarai antara pemain ‘future wonderkid’
bersama dengan bintang muda lain dari seluruh dunia.
Malah, penyokong bola sepak
negara harus berbangga apabila pemain JDT itu disenaraikan bersama penyerang
Perancis Kylian Mbappe, pemain Barcelona Frenkie De jong, pertahanan Liverpool
Alexander Arnold dan tonggak tengah Chelsea Christian Pulisic.
Selain itu, pemain Indonesia yg
berkelana di bumi Poland, Egy Maulana Vikri turut tersenarai di dalam carta
terbabit berdasarkan prestasi semasa.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 30 January 2020 @ 9:19 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan