MyMetroArena

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
JUARA Liga Super 2019 Johor Darul
Ta’zim (JDT) terus mengekalkan momentum kemenangan pada siri jelajah pramusim
di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila berjaya menewaskan pasukan kebangsaan
Turkmenistan 2-1.
Anak buah Benjamin Mora yang
sebelum ini menewaskan kelab Dibba Al-Fujairah 1-0 memberi motivasi kepada
pemain untuk merekodkan kemenangan pada perlawanan ketiga siri jelajah pramusim
itu.
Pada aksi itu, skuad Harimau
Selatan tampil dengan kesebelasan terbaik termasuk menurunkan ayam tambatannya,
Diogo Santo dan Safawi Rasid.
Skuad Harimau Selatan terlebih
dahulu berada di depan pada minit 39 menerusi sepakan penalti yang
disempurnakan Safawi.
Turkmenistan yang berada di
ranking 129 dunia menyamakan kedudukan menerusi Metdayev Akmammet pada minit
53.
Diogo yang berasal dari Brazil
memastikan kemenangan berpihak kepada JDT apabila menyumbat gol kedua pasukan
menerusi sepakan penalti selang lapan minit kemudian.
JDT yang bakal beraksi dalam Liga
Juara-Juara Asia (ACL) buat musim kedua berturut-turut, akan meneruskan aksi
pra musim berdepan kelab Slovakia, MSK Zilina (29 Januari) dan Emirates FC (30
Januari).
Untuk rekod, dalam kempen ACL,
skuad Harimau Selatan diundi dalam Kumpulan G dan akan bertemu Vissel Kobe dari
Jepun pada 12 Februari ini di Stadium Misaki Park, Kobe.
Kemudian gergasi kelab Liga
Malaysia itu akan membuka tirai saingan domestik menentang Kedah bagi merebut
Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 28 Februari depan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 27 January 2020 @ 8:09 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan