MyMetroArena

Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
RATA-RATA pelayar maya
berpendapat Safawi Rasid wajar digugurkan daripada skuad Sukan Sea 2019 atas
alasan kepenatan berikutan jadual padat tahun ini.
Keputusan itu diperoleh hasil
tinjauan pendapat dalam laman Facebook dan Twitter Harian Metro dalam tempoh 24
jam berakhir jam 10 pagi tadi.
Seramai 51,000 pelayar mengambil
bahagian dalam bancian Facebook bertajuk: ‘Wajarkah bintang bola sepak negara,
Safawi Rasid digugurkan daripada skuad Sukan Sea atas alasan kepenatan
berikutan jadual padat tahun ini?’
Sebanyak 65 peratus iaitu 33,150
orang mengatakan ‘ya’ untuk bintang Harimau Malaya itu direhatkan manakala 35
peratus lagi mengatakan ‘tidak’.
Menerusi undian Twitter HM
sebanyak 64 peratus (704 orang) mengatakan ‘ya’ manakala bakinya, 36 peratus
(396 orang) ‘tidak’.
Undian itu turut menerima
pelbagai reaksi berdasarkan maklum balas ditinggalkan di ruangan komen.
Pengikut FB, Che Daud
berpendapat, ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim
Swee prihatin terhadap kebajikan Safawi dalam membuat keputusan.
“Terbaik JL (jurulatih) OKS, anda
sangat memahami jadual yang sangat padat,” katanya.
Pengikut dikenali sebagai Ferdauz
Schay berpendapat wajar Safawi direhatkan untuk mengelak mengalami kecederaan
sekali gus merugikan skuad kebangsaan dan kelab diwakilinya.
“Orang tamak selalu rugi. Jangan
nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Kejayaan tak dapat,
kecederaan yang datang nanti. Dia bukan robot,” katanya.
Sementara itu, Daeng Mokhtar
Abdul Halim pula mahu Sapawi diberi peluang ke Sukan Sea di Filipina dan
menambah koleksi pingat dimilikinya.
Katanya, Safawi wajar mencontohi
bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim yang memiliki pelbagai koleksi pingat
termasuk juara Piala AFC, juara Piala AFF dan Sukan Sea.
“Nak (Sapawi) jadi pemain paling
berjaya seperti Safiq... setiap kejohanan yang disertainya perlu ada sebagai
koleksi. Selain semua kejohanan domestik sudah dikecapinya, pingat emas Sukan
Sea dan juara AFF antara koleksi beliau.
“Sebab itulah Safiq menjadi
pemain paling berjaya ketika ini. Sapawi boleh ikut jejak langkah dia jika
Sukan Sea tahun ini disertainya.”
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 21 November 2019 @ 6:46 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan