MyMetroArena

BERNAMA
PENYERANG Johor Darul Ta'zim
(JDT) Muhammad Safawi Rasid menyifatkan kejayaan skuad Harimau Selatan meraih
kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua selepas 2017, adalah hasil kerjasama
erat rakan sepasukan.
Penyerang kebangsaan itu yang
dinobatkan sebagai pemain terbaik final Piala Malaysia berkata, kemenangan
selesa 3-0 ke atas Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, tidak akan hadir
tanpa bantuan rakan sepasukan yang memberi sokongan padu di antara satu sama
lain.
Untuk rekod, JDT menewaskan Kedah
2-0 pada aksi final Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, sekali gus
menamatkan penantian selama 26 tahun pasukan selatan tanah air itu, untuk
menjulang piala berkenaan.
"Saya hendak ucapkan terima
kasih kepada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dan semua yang
terlibat dalam kem JDT.
"Saya memang hendak beraksi
pada final tahun ini selepas tidak diturunkan pada 2017, dan impian saya untuk
beraksi tercapai, jadi Alhamdulillah. Bukan mudah untuk berada dalam
kesebelasan utama JDT tanpa usaha," katanya pada sidang media selepas
perlawanan berkenaan, malam tadi.
JDT menjulang Piala Malaysia.
FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Mengulas lanjut, Muhammad Safawi,
22, turut memuji pengurusan JDT yang membeli beberapa peralatan moden dalam
mempercepatkan proses pemulihan pemain, selepas beraksi secara kompetitif dalam
tempoh yang agak panjang.
Pada aksi final berkenaan, JDT
membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi pemain import dari Argentina,
Leandro Sebastian Velazquez yang menolak masuk umpanan cantik Gonzalo Gabriel
Cabrera, sebelum Muhammad Safawi meledak gol kedua, selang tujuh minit kemudian
menerusi sepakan percuma yang menggegar palang sebelum melepasi garisan gol
Kedah.
Muhammad Syafiq mengesahkan
kemenangan bergaya JDT, setelah menanduk masuk hantaran silang Mohd Afiq Fazail
pada minit ke-58.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 3 November 2019 @ 11:38 AM
Berita Berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan