SUKAN»Bola
Sabtu, 16
November 2019 | 9:48pm

Penyerang
Harimau Malaya dan JDT, Safawi Rasid pamer anugerah Penyerang Terbaik sempena
Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 19. - NSTP/Zulfadhli Zulkifli
Safawi idam
hatrik MVP
Oleh Zulfaizan
Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR:
Tiga anugerah yang dimenangi pada Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019
(ABK 19), semalam menjadi tonik tambahan buat Safawi Rasid menjelang aksi
kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Indonesia di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.
Safawi dipilih
sebagai pemenang anugerah utama ABK – Pemain Paling Bernilai (MVP) selain turut
merangkul dua lagi anugerah termasuk Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Popular.
Pemain berusia
22 tahun itu mengakui anugerah yang diterima menjadi pembakar semangat untuk
dia terus meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi sama ada bersama Harimau
Malaya dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Katanya,
anugerah berkenaan juga adalah hasil daripada bimbingan daripada jurulatih
serta pemain senior seperti penjaga gol Farizal Marlias dan Aidil Zafuan Abd
Radzak.
"Ramai
pemain yang bagus tahun ini, tapi berkat doa ibu bapa, saya dapat (anugerah
MVP) lagi buat kali kedua (selepas tahun lalu). Untuk masa depan, saya nak
lakukan lebih baik dari tahun ini.
"Kalau
boleh saya nak mendapatkan prestasi yang lebih baik daripada apa yang saya buat
selama ini," kata pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Selain tiga
anugerah itu, Safawi turut menerima kasut emas Penjaring Terbanyak Tempatan
(Liga Super) selepas mengumpul lapan gol.
Selain itu,
Safawi mendedahkan usaha keras ketika latihan dan perlawanan menjadi antara
rahsia dia berjaya memberikan aksi terbaik walaupun pada usia yang muda.
"Setiap
perlawanan saya anggap seperti final kerana perkara itu akan menjadikan lebih
bersungguh-sungguh untuk dapatkan keputusan positif.
"Untuk
kekal konsisten (memenangi anugerah MVP) memang susah. Tapi tidak mustahil dan
saya akan cuba melakar hatrik tahun depan untuk memenangi anugerah ini
lagi," katanya.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan