MyMetroArena

Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
PEMAIN skuad bawah 22 tahun
negara (B-22) Safawi Rasid mengingatkan rakan sepasukan untuk fokus kepada
halangan peringkat kumpulan sebelum mahu memasang impian beraksi di final Sukan
SEA hujung bulan ini.
Meskipun dia mengakui ada harapan
untuk mereka menoktahkan penantian merangkul pingat emas di laman sendiri sejak
kali terakhir pada 1989, namun saingan peringkat Kumpulan A tidak boleh diambil
mudah.
“Bermain di tempat sendiri bukan
satu bebanan tapi kelebihan kepada kita, cuma saya dan semua rakan sepasukan
harus berikan 100 peratus komitmen.
“Dalam setiap perlawanan, setiap
minit, kena berjuang sehingga tamat permainan. Semua pasukan bagus, kita cuma
mahu menang saja, sebab ini peluang untuk kita meraih pingat emas Sukan SEA
kembali,” kata Safawi.
Safawi, yang berusia 20 tahun dan
kini mewakili kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) antara enam pemain yang
dipanggil semula oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee selepas tidak mendapat
pelepasan untuk bersama pasukan dalam saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 di
Bangkok bulan lalu.
Pemain sayap itu mengakui, tiada
pemain sudah terjamin tempat untuk berada dalam senarai akhir 20 pemain yang
akan diumumkan hari ini.
“Kami sekarang fokus dalam
latihan bagi menghadapi saingan Sukan SEA, bagi saya peluang yang jurulatih
berikan akan saya ambil sebaik mungkin.
“Bagi saya semua pemain mahu
beraksi di Sukan SEA jadi kami perlu bersaing untuk merebut tempat,” jelas
Safawi.
Malaysia juara 2011 di Jakarta
bakal memulakan kempen Kumpulan A menentang Brunei di Stadium Shah Alam Isnin
ini sebelum berdepan Singapura, Myanmar dan Laos.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 5:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan