MyMetroArena

Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Shah Alam: Jurulatih skuad bawah
22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee berdepan tugas sukar untuk membuat
menyediakan senarai akhir 20 pemain yang bakal menggalas misi memburu pingat
emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pengendali kelahiran Melaka itu
berkata, sehingga kini beliau masih belum mempunyai bayangan pemain kerana
persaingan antara 28 anak buahnya untuk merebut tempat agak sengit.
“Ini keputusan sukar tapi saya
kena memilih pemain yang terbaik dan saya kena lihat daripada banyak aspek
tentang pemilihan nanti.
“Saya kena lihat aspek
kecederaan, kecergasan pemain dan posisi-posisi tertentu. Saya masih belum ada
bayangan, saya ada tiga sesi lagi sebelum saya menentukan 20 pemain yang akan
didaftarkan Sabtu nanti,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan semalam.
Sebelum ini, Kim Swee memanggil
27 pemain bagi sesi latihan pusat bermula Ahad lalu namun pemain tengah Perak,
Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri memulakan latihan semalam selepas pulih
daripada kecederaan.
Saingan merebut tempat semakin
sengit apabila enam pemain yang tidak bersama pasukan pada saingan kelayakan
Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan lalu kerana
tidak mendapat pelepasan kini turut sama berlatih.
Mereka adalah Matthew Davies, Nor
Azam Azih (Pahang), S Kumaahran, Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), Haziq Nadzli
dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim).
“Tiada perbezaan, semua pemain
menunjukkan kesungguhan. Bukan hanya enam pemain yang tidak bersama dengan kita
sebelum ini. Mereka menunjukkan kerjasama dan ini memberi pulangan yang baik
untuk pasukan,” katanya.
Malaysia akan memulakan kempen
Kumpulan A menentang Brunei di Stadium Shah Alam, Isnin ini sebelum bertemu
Singapura, Myanmar dan Laos.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 10 Ogos 2017 @ 10:55 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan