SUKAN»Bola
Khamis, 11
April 2019 | 8:48pm

Safawi (kiri)
bersaing dengan pemain Shandong Luneng, Marouane Fellaini dalam aksi Liga
Juara-Juara Asia di Jinan, China. - Foto AFP
Safawi, Xavi
calon gol terbaik mingguan ACL
Oleh Zulfaizan
Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR:
Jaringan menarik dari luar kotak penalti yang dihasilkan Safawi Rasid ketika
aksi Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kelab China, Shandong Luneng, Selasa lalu
dicalonkan untuk jaringan terbaik mingguan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Lebih menarik,
pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu akan bersaing dengan bekas bintang
Sepanyol dan Barcelona, Xavi Hernandez selepas jaringannya bersama kelab Qatar,
Al Saad SC turut dicalonkan.
Dua lagi
jaringan yang turut dicalonkan adalah gol dari Shojae Khalilzadeh yang mewakili
kelab Persepolis dan Khojiakbar Alijonov dari kelab Iraq, Pakhtakor.
Undian bagi
menentukan jaringan terbaik minggu ini boleh dilakukan peminat menerusi laman
web rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), www.the-afc.com.
BH Sukan, hari
ini melaporkan Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM),
Rezal Zambery Yahya melabelkan jaringan Safawi sangat menarik dan berkelas
dunia.
Ia jaringan
pertama pemain berusia 22 tahun itu di pentas ACL dan ia pasti membanggakan
walaupun JDT terpaksa akur tewas 2-1 kepada Shandong Luneng.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan