Jumaat, 15 November 2019

Daripada Paksa Safawi Rasid Beraksi Di Bukan Posisinya, Apa Kata Sumareh Pula Berkorban?


KAJIAN & FAKTA
Oleh Al-Zaim Arzaman
November 13, 2019 • 12:13 PM
https://onsb.tk/2XgRZKs

Calon pemain tengah terbaik, Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019, Mohamadou Sumareh memang sukar digugat untuk posisi sayap menyerang kanan. Ia seakan-akan sudah menjadi milik kekalnya sejak penampilan pertamanya pada 12 Oktober 2018.

Dan ini telah memaksa Safawi Rasid beralih ke sayap kiri yang jelas bukan dominan buat dirinya. Untuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi bergerak dari koridor kanan dan berhasil meledak 11 gol dalam saingan Piala Malaysia seterusnya dinobat selaku penjaring terbanyak kejohanan antara yang tertua di Asia itu.

Perlu atau tidak Tan Cheng Hoe mengubah posisi Sumareh bagi  membantu menghidupkan permainan dan sentuhan Safawi?


Daripada memaksa Safawi beralih posisi, apa kata Sumareh pula memudahkan Safawi untuk mendapatkan prestasi sebenarnya.[1]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan