RAHAYU MUSTAFA | | 21 November
2019

Safawi ketika meraikan jaringan
gol kemenangan Malaysia ketika menewaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan
kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang
Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa lalu. - Foto: Bernama
HERO Harimau Malaya, Safawi Rasid
berterima kasih kepada pengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong
Kim Swee kerana menggugurkan namanya daripada senarai pemain bagi menghadapi
Sukan SEA 2019 di Filipina hujung bulan ini.
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT)
itu mengakui dia berasa penat untuk beraksi selepas terpaksa mengharungi jadual
perlawanan yang padat sepanjang tahun ini, baik ketika menyarung jersi kelabnya
mahupun skuad negara.
“Tahun ini saya banyak game
(perlawanan), dari awal tahun sampai sekarang baru break (rehat). Saya
berterima kasih kepada ketua jurulatih (Kim Swee) bagi saya rehat,” katanya
ketika ditemui di Dungun hari ini.
Safawi berkata, meskipun tanpa
kehadirannya dalam skuad B-22 negara, dia percaya masih ramai pemain muda
berbakat yang boleh mengisi kekosongan tersebut dan meraih kejayaan pada Sukan
SEA kali ini.
"Saya percaya rakan-rakan
yang dipanggil menyertai skuad B-22 negara mampu menggalas tugas dan
tanggungjawab mereka dengan baik. Ini perluang terbaik buat mereka membuktikan
kemampuan masing-masing," ujarnya.
Terdahulu, Kim Swee dengan berat
hati terpaksa menggugurkan Safawi yang baru dinobatkan Pemain Paling Bernilai
(MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 demi kebaikan pemain sayap
lincah JDT itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ong Kim Swee
gugur Safawi
Safawi bukan pertama kali
diketepikan Kim Swee
Pengguguran Safawi mendapat
pelbagai reaksi positif dan negatif oleh peminat dan penyokong bola sepak
tempatan, namun sebagai jurulatih, Kim Swee hanya mahukan yang terbaik buat
pemain berusia 22 tahun kelahiran Dungun, Terengganu itu.
"Kita dapat lihat Safawi
kini berada pada tahap berbeza dan ini bukan sahaja daripada hasil usaha
barisan jurulatih tetapi keyakinan diri Safawi sendiri dan kesungguhan dia yang
telah membawanya ke tahap cukup baik ini.
"Dalam sesi latihan, dia
fokus kepada setiap situasi tetapi yang memberi kelebihan sudah tentu sepakan
percumanya yang mana dia mempunyai kesungguhan untuk berlatih (sepakan percuma)
setiap hari selepas tamat latihan.
"Apabila kita berlatih
dengan baik ketika sesi latihan, ia akan berlaku serta ‘menjadi’ dalam setiap
perlawanan," jelas Kim Swee.
ARTIKEL BERKAITAN: Ketiadaan
Safawi dirasai, kata Luqman Hakim
SUMBERArtikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/58456/BERITA/Sukan/Terima-kasih-coach!
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan