MyMetroArena

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
KEMUDAHAN lengkap dan terbaik
dimiliki Johor Darul Ta’zim (JDT) membolehkan pemain pasukan terbabit pulih
dengan cepat seterusnya cergas dalam menghadapi perlawanan penting terutama
beraksi di pentas final Piala Malaysia.
Tonggak JDT Safawi Rasid berkata,
sememangnya dia agak keletihan pada separuh akhir pertama ketika menentang
Selangor tempoh hari namun bangkit semula beraksi dengan baik untuk memastikan
Piala Malaysia menjadi milik JDT.
“Saya turut akui pada separuh
akhir sebelum ini gagal beraksi dengan baik kerana mungkin faktor keletihan
sekali gus menjejaskan rentak permainan. Mujur, JDT mempunyai fasiliti lengkap
dengan kemudahan rawatan dan pemulihan canggih seterusnya dapat kembalikan
tahap kecergasan pada tahap optimum,” katanya.
Pada aksi final semalam, JDT
membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi pemain import dari Argentina,
Leandro Velazquez yang menolak masuk umpanan cantik Gonzalo Gabriel Cabrera,
sebelum Safawi meledak gol kedua selang tujuh minit kemudian menerusi sepakan
percuma yang menggegar palang sebelum melepasi garisan gol Kedah. Syafiq Ahmad
mengesahkan kemenangan JDT setelah menanduk masuk hantaran silang Afiq Fazail
pada minit ke-58.
Selain itu, Safawi turut melihat
kerja berpasukan menjadi antara kunci kejayaan merangkul kejuaraan. "Saya
ucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim)
dan semua terbabit dalam kem JDT. Saya memang hendak beraksi pada final tahun
ini selepas tidak diturunkan pada 2017, dan impian saya untuk beraksi tercapai,
jadi Alhamdulillah. Bukan mudah berada dalam kesebelasan utama JDT tanpa
usaha," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 3 November 2019 @ 10:47 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan