Safawi digugurkan
MyMetroUtama

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PENJARING dua gol cantik Harimau
Malaya, Safawi Rasid ketika menentang Indonesia semalam sah digugurkan daripada
skuad B-22 tahun negara ke Sukan SEA di Filipina, Isnin ini.
Kim Swee sahkan Safawi
digugurkan. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD
Ia disahkan pengendali pasukan
Datuk Ong Kim Swee pada sesi latihan, hari ini atas alasan pemain sayap
berkenaan sudah mengharungi jadual padat sepanjang musim.
Safawi sebelum ini beraksi
cemerlang ketika meledak jaringan skuad negara menang ke atas Tajikistan 1-0
pada perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur.
Gol itu mengembalikan keyakinan
pemain sayap JDT itu yang kembali menemui sentuhan berbisa selepas tidak
menjaringkan gol dalam lapan perlawanan sejak kali terakhir melakukannya
sewaktu berdepan Timor Leste pada 7 Jun lalu.
Jaringan sepakan percuma pada
babak pertama serta rembatan bak peluru di babak kedua menentang Indonesia,
semalam pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membolehkan
Malaysia meraih kemenangan kedua berturut selepas menewaskan Thailand 2-1 pada
Kelayakan Piala Dunia, minggu lalu.
Berita lanjut menyusul
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 20 November 2019 @ 6:31 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan