MyMetroArena
Firdaus Hashim
& Syazwan Msar
sukan@hmetro.com.my
JOHOR Darul
Ta’zim (JDT) ternyata sukar digugat apabila mendahului 2-0 pada separuh masa
pertama perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil,
sebentar tadi.
Dua gol
sumbangan Leandro Velazquez dan Safawi Rasid membantu JDT berada dalam keadaan
selesa untuk mengharungi separuh masa kedua.
Velazquez
membuka tirai jaringan selepas 26 minit apabila dia menyempurnakan hantaran
silang Gonzalo Cabrera menerusi gerakan menarik dari sebelah kiri.
Kedah
seolah-olah hilang tumpuan apabila terus membenarkan lawan melakukan serangan
bertali arus sebelum dihukum dengan jaringan kedua menerusi sepakan percuma
Safawi yang menerjah gawang untuk kedudukan 2-0 pada minit ke-34.
Babak pertama
turut menyaksikan lima kad kuning dilayangkan masing-masing tiga kepada pemain
Kedah manakala dua kepada pemain JDT.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 9:59 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan