Isnin, 11
November 2019 - 8:01AM

Nama Safawi
Rasid yang menjadi bualan ramai peminat tempatan terus menjadi calon pilihan
dianugerahkan sebagai Pemain Paling Bernilai, seperti dilakukannya pada edisi
lalu. - NSTP/Aizuddin Saad
JDT diramal dominasi Anugerah Bolasepak
Kebangsaan 2019
Oleh Mohd
Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR:
Kejayaan menjulang tiga piala musim ini meletakkan Johor Darul Ta'zim (JDT)
selaku kelab pilihan untuk terus mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan
2019.
Nama Safawi
Rasid yang menjadi bualan ramai peminat tempatan terus menjadi calon pilihan
dianugerahkan sebagai Pemain Paling Bernilai, seperti dilakukannya pada edisi
lalu.
Walaupun ada
beberapa nama dilihat agak menyerlah, daripada prestasi semasa dan kaca mata
peminat, nama Safawi mungkin berada di kedudukan paling atas untuk digelar
selaku pemain terbaik.
Apa tidaknya,
Safawi muncul penjaring terbanyak Piala Malaysia, meledak 11 gol untuk
mengatasi tiga pemain import dari Pahang, Dickson Nwakaeme (9 gol), Lazarus
Kaimbi (7 gol) dan bintang Kedah, Fernando Rodriguez (8 gol).
Untuk kategori
lain, Harimau Selatan juga berpeluang cerah menguasai kategori Jurulatih
Terbaik yang kini dipegang Mehmet Durakovic selepas mengecap kejuaraa Piala
Malaysia 2018 bersama Perak.
Selain itu,
bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, Farizal Marlias yang juga pemain kebangsaan
akan dicabar Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah) namun
dijangka akan mempertahankan anugerah itu.
Farizal yang
pernah turut mengecapi kejayaan meraih anugerah itu pada 2009 dan 2015
merasakan persaingan kategori itu cukup sengit.
Sambil
menyifatkan peluang masih lagi seimbang, Farizal bagaimanapun bertegas sudah
melakukan segalanya buat JDT hingga memastikan kejuaraan Liga Super, Piala
Malaysia dan juga Piala Sumbangsih.
“Bagi saya
peluang untuk menang adalah 50-50 kerana ramai juga yang bermain dengan baik
pada musim ini seperti Helmi Eliza (Pahang) dan Khairul Azhan Khalid
(Selangor).
“Saya tidak boleh
bersikap terlalu yakin untuk menang sekali lagi kerana semua orang ada peluang
sama rata kerana ini semua undian mereka yang menilai prestasi saya sepanjang
musim ini, “ katanya.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Isnin, 11 November 2019 - 8:01AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan