AIMAN SADIQ ABDULLAH | | 30
November 2019
Muhammad Safawi dicalonkan untuk
gol terbaik Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2019 ketika
menentang Shandong Luneng pada April lalu.
SHAH ALAM - Gol jaringan bintang
bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Safawi Rasid yang dicalonkan
untuk gol terbaik Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2019
ketika menentang Shandong Luneng pada April lalu, kini sedang mendahului carta
undian.
Sehingga kini, jaringan Safawi
yang juga pemain skuad kebangsaan mendahului sebanyak 50 peratus berbanding
sembilan lagi jaringan yang disenarai pendek pihak AFC.
Sembilan calon lain adalah Islom
Tukhtakhujaev dari PFC Lokomotiv, Gonzalo Viera (Al Rayyan), Sergio Antonio
(Kashima Antlers), Shojae Khalilzadeh (Persepolis), Khojiakbar Alijonov
(Pakhtakor Tashkent FK), Kim Dae-won dari Daegu FC, Romario Ricardo Silva (Al
Ittihad), Khalid Muneer (Al Duhail) dan FabrÃcio dos Santos dari Urawa Reds.
Ketika perlawanan itu, Muhammad
Safawi telah berjaya menggegarkan jaring pasukan lawan menerusi sepakan kaki
kiri dari luar kotak penalti dan gol menakjubkan itu telah dicalonkan dalam 10
jaringan terbaik bagi anugerah AFC Champions League 2019 Best Goals.
Pemain sayap berusia 22 tahun itu
menjaringkan gol jarak jauh pada minit ke-60 perlawanan tersebut yang berakhir
dengan kekalahan JDT 1-2 pada 9 April di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan di
Shandong, menurut laman sesawang AFC, semalam.
Jaringan tersebut telah mendapat
pujian rata-rata peminat sukan bola sepak tanah air dan peminat boleh mengundi
untuk Muhammad Safawi di Vote for your best goal of AFC Champion 2019
Jaringan Muhammad Safawi kini
sedang mendahului carta undian dengan 50 peratus diekori gol dari Khalilzadeh.
SUMBER-Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/59765/BERITA/Sukan/Gol-Safawi-dahului-carta-undian-gol-terbaik-Liga-AFC
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan