WARTAWAN SINAR HARIAN | | 27 Oktober 2019

Safawi Rasid -Foto JDT
"INI rezeki saya" demikian reaksi pemain Johor
Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid apabila hatrik jaringannya berjaya membawa skuad
Haimau Selatan mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menundukkan Selangor
3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Menurutnya, kejayaan itu tidak akan hadir tanpa bantuan
daripada rakan-rakan sepasukan yang turut bekerja keras membantu kejayaan
pasukan dan turut berterima kasih kepada mereka.
”Sebelum ini (aksi separuh akhir pertama) saya agak
kepenatan kerana selepas pulang daripada skuad kebangsaan saya terus berlatih.
Bagaimanapun sebagai pemain bola sepak profesioanl perkara ini tiada masalah
bagi saya. Mungkin hari ini (malam tadi) saya bermain ‘ok’, esok tak ‘ok’, jadi
itu adalah rezeki.
”Saya tak kisah siapa yang menjaringkan gol, mungkin hari
ini rezeki saya dan lepas ini mungkin rezeki orang lain. Bagi saya ini adalah
kerja keras daripada kawan-kawan saya.” katanya ketika ditemui sejurus tamat
perlawanan.
Pada perlawanan itu, JDT terlebih dahulu membuka jaringan
menerusi rembatan kemas Safawi pada minit ke-24 sebelum menggandakan kedudukan
pada minit ke-46 dan melengkapkan hatrik jaringan minit ke-51 sekaligus
melengkapkan kejayaan 5-1 secara agregat buat skuad Harimau Selatan.
Sementara itu, Pengurus JDT, Luciano Figueroa berkata
pemain Selangor bermain dengan baik dan memberikan saingan sengit kepada pasukannya.
"Kita memang mengharapkan permainan seperti ini
kerana ia akan membuat perlawanan lebih menarik, ketika separuh akhir pertama
Selangor memberi tentangan sengit walaupun kita menang tipis."
"Apa yang penting saya memberitahu kepada pemain
adalah untuk memberikan aksi terbaik dan mendapatkan gol pertama, mereka
berjaya melakukannya dengan cemerlang," katanya.
SUMBER-Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/54277/BERITA/Sukan/Safawi-bangga-bantu-JDT-ke-final-Piala-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan